Hi, what are you looking for?

Mamak News

Gempar! Misteri Punca Sebenar Kematian Bruce Lee Akhirnya Berjaya Dibongkar


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Bintang legenda seni bela diri kung fu, Bruce Lee dipercayai meninggal dunia hampir 50 tahun yang lalu disebabkan oleh ‘terlebih minum air’.

Sekumpulan penyelidik merumuskan bahawa Bruce Lee yang meninggal dunia pada tahun 1973 ketika umurnya ketika itu hanya 32 tahun adalah disebabkan oleh ‘kegagalan buah pinggang mengeluarkan air berlebihan’.

Sebelum ini, punca awal kematian pelakon yang mencipta nama menerusi filem Fist of Fury tersebut dikatakan akibat edema serebrum atau bengkak otak selepas dia ditemui tidak sedarkan diri di pangsapuri milik rakannya yang juga seorang pelakon Taiwan, Betty Ting Pei.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, kajian baharu mendapati, Bruce Lee pernah mempunyai sejarah kecederaan buah pinggang, pengambilan alkohol, ganja, darah rendah dan pengambilan cecair ‘kronik’.

Ini merupakan risiko yang menyumbang kepada hiponatremia atau kepekatan natrium yang rendah dalam darahnya.

Menurut kertas kajian yang disiarkan dalam Clinical Kidney Journal edisi Disember 2022, penyelidik berkata, “Kami membuat hipotesis bahawa Bruce Lee meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang iaitu ketidakupayaan untuk mengeluarkan air mencukupi bagi mengekalkan hemeostasis air.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kes ini boleh menyebabkan hiponatremia, edema serebrum dan kematian dalam tempoh beberapa jam jika melakukan pengambilan air berlebihan yang tidak serasi dengan perkumuhan dalam air kencing,” jelas penyelidikan tersebut.

Sebelum kematiannya, Bruce Lee dilaporkan pernah rebah di sebuah studio filem di Hong Kong semasa penggambaran filem Enter the Dragon pada tahun 1973.

Dalam kejadian beberapa bulan selepas itu, mendiang mengadu mengalami sakit kepala di rumah Betty Ting Pei dan ditemui tidak sedarkan diri selepas mengambil ubat penahan skit Equagesic.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bruce Lee kemudiannya disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Hong Kong.

Bruce Lee

BACA: Dikatakan Pernah Tewaskan Bruce Lee, Siapa Sebenarnya Dato’ Meor Abdul Rahman?

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Pelakon jelita Amelia Henderson melahirkan rasa syukur kerana mendapat peluang menceritakan segalanya di mahkamah. Kata...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Piala Dunia 2022 Di Qatar Pengadil Banyak Memberi Masa Tambahan Untuk Perlawanan Edisi Piala Dunia kali ini banyak...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BAVARIA: Sekumpulan pencuri melarikan sejumlah duit syiling emas era Celtic bernilai 1.6 juta euro (RM7.6 juta) dari sebuah...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Tujuh lelaki yang menubuhkan persatuan dikenali sebagai Persatuan Pertahankan Per (PHP) yang mahu mencabar keputusan larangan mer di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications