Hi, what are you looking for?

Mamak News

Gerai mi celup terbakar lepas dihempap pokok tumbang


GUA MUSANG – Seramai 20 orang pelanggan yang sedang menjamu selera di sebuah gerai mi celup nyaris maut apabila sebatang pokok kelampayan yang sedang ditebang tumbang menghempap premis tersebut sebelum terbakar di Kampung Kala Baru di sini hari ini.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dialami pemilik dan pelanggan di gerai tersebut dalam kejadian sekitar pukul 12.30 tengah hari.

Seorang saksi, Mohd. Noor Pa’su, 66, berkata, ketika kejadian, dia bersama pelanggan lain sedang minum dan makan mi celup di gerai tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, semasa kejadian, mereka tahu seorang penduduk kampung sedang melakukan kerja penebangan pokok kelampayan berusia 30 tahun yang terletak di belakang gerai.

“Saya dan pelanggan lain berlari keluar dari kedai terbabit selepas mendengar dentuman pokok tumbang yang menghempap bahagian dapur gerai.

“Tidak lama kemudian, api dapur tiba-tiba berasap dan membakar seluruh bahagian gerai. Saya sempat menjerit kepada pelanggan lain untuk mengalihkan beberapa buah motosikal dan kereta yang diparkir di kawasan berhampiran,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suami kepada pemilik kedai, Harun Che Tengah, 57, berkata, semasa kejadian, isterinya Asmah Muhammad, 37, sedang berniaga mi celup di gerai tersebut.

“Pokok kelampayan setinggi 20 meter itu terletak di belakang kedai. Ia terpaksa ditebang kerana bimbang akan menghempap gerai sekiranya berlaku kejadian ribut dan hujan lebat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Mohd. Arifuddin Akif Mohd. Noor ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan pada pukul 12.39 tengah hari dan seramai 10 anggota dengan dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian yang terletak 30 kilometer dari Balai Bomba Gua Musang. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.

 


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement