Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

Getafe mula ‘sayangkan’ Greenwood


GETAFE – Pengurusan kelab La Liga, Getafe mengakui sudah tidak sabar untuk berbincang dengan pasukan Manchester United dalam usaha mendapatkan khidmat Mason Greenwood secara kekal pada jendela perpindahan akan datang.

Sejak berpindah ke Getafe secara pinjaman pada 1 September lepas, Greenwood telah mempamerkan rentak konsisten bersama kelab baharunya apabila menjaringkan tiga gol dalam 10 perlawanan liga musim ini.

Situasi tersebut menyaksikan Getafe cukup terdesak untuk mengadakan perbincangan dengan pengurusan The Red Devils sama ada mahu menebus kontrak Greenwood atau melanjutkan tempoh pinjaman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Getafe tidak mempunyai masalah untuk membuat tawaran rasmi yang mungkin boleh menarik minat United menjual aset pemain muda itu pada jendela perpindahan akan datang kerana buat masa ini mereka masih menanggung sebahagian gaji Greenwood.

“Namun, United masih anggap Greenwood memiliki masa depan di Old Trafford dan mungkin hanya akan benarkan tempoh pinjaman semusim dilanjutkan setahun lagi,” kata sumber terdekat kelab.

Difahamkan, kontrak pemain berusia 22 tahun itu bersama United masih berbaki sehingga penghujung musim 2025 dengan menerima gaji sebanyak £75,000 (RM431,000) seminggu ketika ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai rekod, Greenwood telah mencipta kontroversi tersendiri apabila terpalit dengan tuduhan rogol sehingga menjejaskan kariernya sebelum dibebaskan mahkamah pada awal tahun ini. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Sukan

0 MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukan itu perlu muhasabah diri bagi memastikan pemain-pemainnya tidak terlalu selesa dengan kejayaan dikecapi selama...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Penyanyi berbakat besar Nadeera berbesar hati apabila namanya dibandingkan dengan penyanyi senior namun enggan perbuatan tersebut dilakukan secara berlebih-lebihan. Kata...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications