Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Gitar Eross SO7 terjual RM11,000


KUALA LUMPUR – Gitar milik gitaris ahli kumpulan Sheila On 7 (SO7), Eross Candra, dibida pada harga RM11,000 ketika Konsert Tombo Aji Ridha Ilahi- Opick Dan Sakti Live In Kuala Lumpur, malam tadi.

Istimewanya, instrumen tersebut turut mempunyai tanda tangan Eros selain bekas anggota SO7, Salman Al-Jugjawy atau dikenali sebagai Sakti dan penyanyi Opick.

Pada awalnya, lelongan gitar tersebut dibuka pada harga RM3,000 sebelum dibida pengurus kepada Fazura iaitu Iman Tang sehingga mencecah RM11,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, kesemua hasil lelongan disumbangkan ke tabung Palestin untuk membantu rakyat Gaza.

“Alhamdulillah, syukur. Ini bukan satu takdir harga bidaan RM11,000 sama seperti tarikh hari ini iaitu pada 11 November,” kata Salman sejurus gitar dijual.

Salman merupakan bekas pemain gitar kumpulan SO7 yang sebelum ini meninggalkan kumpulannya untuk mendalami ilmu agama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semalam, selepas berbelas tahun bersara dari dunia muzik, Salman buat pertama kali muncul menerusi sebuah konsert tampil mempersembahkan beberapa lagu termasuk Sephia yang diubah menjadi lirik ketuhanan. -KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Sukan

0 KEADAAN padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini tidak banyak berubah menjelang sepak mula aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications