Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Glasier Di Switzerland Mencair Berkali Ganda Cepat Dari Sebelumnya


Glasier Di Switzerland Mencair Berkali Ganda Cepat Dari Sebelumnya

Glasier Switzerland telah merekodkan kadar pencairan paling teruk sejak seabad yang lalu dengan kehilangan 6% dari jumlah bakinya tahun ini atau hampir dua kali ganda dari rekod sebelumnya pada 2003.

Memetik CNN, pada tahun ini ais cair dalam keadaan yang melampau sehingga batu kosong yang telah tertimbus selama beribu tahun muncul semula di satu tapak dan rangka mayat serta pesawat yang hilang beberapa dekad lalu di Alps juga mulai muncul. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomGambar via CNN

Ketua Rangkaian Pemantauan Glasier Switzerland (GLAMOS), Matthias Huss berkata, mereka sedar dengan keadaan senario iklim seperti sekarang akan berlaku. 

Difahamkan, lebih setengah glasier di Alps di Switzerland di memaparkan suhu sedang meningkat sekitar dua kali ganda secara purata global.

Para saintis di seluruh Alps termasuk Huss telah diwajibkan untuk melakukan kerja pembaikan kecemasan di berpuluh-puluh tapak di seluruh Alps kerana ais yang mencair berisiko memberi kesan kepada tiang pengukur mereka menjadi rosak dan tercabut. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut CNN, Switzerland telah kehilangan hampir 3 kilometer ais hasil daripada salji musim sejuk yang sangat rendah dan juga dipengaruhi oleh gelombang haba secara berterusan. 

| KampungmamakcomGambar via CNN| KampungmamakcomGambar via CNN

Salji yang turun dapat menampung semula jumlah ais yang hilang setiap kali selepas musim panas dan dalam masa yang sama dapat membantu melindungi glasier dari terus mencair supaya ia dapat memantulkan cahaya matahari ke atmosfera. 

Jika pelepasan gas rumah hijau terus meningkat, glasier Alps dijangka akan kehilangan lebih 80% daripada jisim semasanya menjelang 2100. Banyak yang akan hilang walau dengan apa cara sekali pun. Ia berpunca dari pemanasan global yang berlaku sejak dari dulu lagi. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: CNN

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s SUNGAI BULOH – Hampir empat dekad berjuang dalam arena muzik, penyanyi Datuk Hattan membuat kejutan apabila mengumumkan mahu bersara pada Jun depan. Kata...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Penyanyi Sufian Suhaimi masih tertanya-tanya alasan utama lagu Budi digugurkan daripada menyertai pertandingan Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) hanya sehari...

Mamak News

3s Kuala Lumpur, 12 Disember – Duta dan ikon pusat peningkatan akademik dan pakar untuk membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) PTTI iaitu penyanyi...

Mamak News

6s Puas Hati, Ni Resipi Jelly Ball Yang Korang Boleh Cuba! Baru-baru ini tular di media sosial berkaitan manisan makanan yang digelar ‘jelly ball’...

Advertisement