Hi, what are you looking for?

Sukan

Gol jaringan sendiri Latiff ikat Melaka United FC 1-1


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

GEORGE TOWN – Penang FC terpaksa melupakan hasrat untuk meraih kemenangan pertama di laman sendiri pada perlawanan menentang Melaka United FC dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya di sini malam tadi apabila hanya mencatatkan keputusan seri 1-1.

Perlawanan bermula garang apabila pasukan kendalian Ketua Jurulatih Penang FC, Thomas Trucas beraksi garang sehingga memberi tekanan kepada pasukan lawan dari awal perlawanan berlangsung.

Dalam perlawanan malam tadi, Penang FC hanya mempertaruhkan dua gandingan pemain import Rafael Vitor dan Hilal El-Helwe untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Meskipun bermain dalam keadaan hujan renyai namun tidak sedikit pun mematahkan semangat barisan pemain skuad Harimau Kumbang untuk kali pertama beraksi di hadapan kira-kira 1,400 penonton.

Cubaan menghasilkan gol sulung Penang FC menerusi sepakan percuma pemain pertahanannya dari Brazil, Rafael Vitor gagal apabila hanya menyinggah ke tepi gawang lawan pada awal minit keenam.

Anak buah Risto Vidakovic Savic kelihatan makin tertekan dengan asakan bertali arus barisan kelompok pertahanan Penang FC meskipun cuba mempertahankan kubunya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KOTA BHARU – Kelantan FC gagal mengekalkan rekod kemenangan di laman sendiri musim ini apabila tewas 1-2 kepada...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian lelaki mengamuk di sebuah surau...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BENI: Lebih 800 banduan melarikan diri selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah penjara di timur Republik Demratik Congo....

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal Zamani Slam mengakui tahap kesihatannya kini merosot teruk akibat masalah skoliosis atau tulang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications