Dua pindaan undang-undang era kolonial, Seksyen 377A Kanun Keseksaan telah dibuat di Parlimen Singapura yang meluluskan undang-undang yang memansuhkan larangan hubungan seks sejenis dan melindungi takrifan perkahwinan daripada cabaran undang-undang.
Kelulusan tersebut dibuat di Parlimen pada hari Selasa lalu yang menyaksikan 93 undi sokongan berjaya diraih.
Ketika sesi bahas undang-undang tersebut yang berlangsung selama dua hari, 3 anggota parti pembangkang walau bagaimanapun telah menyatakan pendirian tegas mereka untuk tidak menyokong pindaan tersebut.
Pindaan untuk melindungi takrifan perkahwinan daripada tuntutan undang-undang yang turut diluluskan pula telah mendapat majoriti 85 undi menyokong, 2 menolak manakala 2 lagi mengambil pendirian berkecuali.
Homoseksual merupakan aktiviti yang dilarang keras di 69 negara termasuk 11 negara yang mengenakan hukuman berat di bawah undang-undang mereka iaitu kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman mati.
Sebelum ini, di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan Singapura, pasangan gay yang didakwa melakukan hubungan seks boleh dihukum selama penjara dua tahun walaupun undang-undang itu tidak dikuatkuasakan secara aktif.
Pada akhir sesi debat tersebut, Menteri Undang-undang, K Shanmugam dipetik berkata, tindakan memansuhkan undang-undang tersebut adalah satu keputusan yang tepat kerana tidak ada kebimbangan awam yang mewajarkan hubungan seks secara antara lelaki secara sukarela sebagai perbuatan jenayah.
Menteri Sosial dan Pembangunan Keluarga, Masagos Zulkifli walau bagaimanapun berkata, setakat ini tiada rancangan untuk menukar takrifan tersebut bagi memasukkan perkahwinan sejenis.
“Pemimpin agama atau pihak yang melangsungkan upacara perkahwinan tidak boleh mengubah definisi tersebut untuk perkahwinan sama jantina. Hal tersebut bertentangan dengan undang-undang,” jelasnya.
BACA: BL (Boys’ Love) – Hiburan Bertemakan ‘Kunyit’ Yang Kini Semakin Mudah Diakses Kanak-Kanak!
Sumber: Sinar Harian
RM13.01
