Hi, what are you looking for?

Mamak News

Graduan komputer godam akaun bank diberkas


JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket yang aktif membina lawan web, aplikasi dan sistem online bagi tujuan memperdayakan dengan menggodam akaun perbankan mangsa dalam serbuan Ops Merpati yang dijalankan di sekitar Taman Bukit Indah, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menahan enam suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan empat wanita termasuk seorang pemilik syarikat berusia 21 hingga 39 tahun pada pukul 3.30 petang semalam.

Beliau berkata, sindiket dianggotai suspek berpendidikan tinggi dan mempunyai ijazah dalam bidang perkomputeran itu berjaya dikesan hasil maklumat dan risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan JSJK Kontinjen Johor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, modus operandi yang digunakan ialah dengan mengiklankan jualan barangan dengan harga yang murah di media sosial bagi menarik perhatian mangsa untuk menghubungi suspek.

“Suspek akan meminta mangsa untuk muat turun satu aplikasi telefon bimbit melalui pautan yang dikongsikan untuk mẹmbuat pembelian.

“Mangsa akan terjerat setelah mangsa mengakses ke laman sesawang perbankan palsu dan memasukkan maklumat akaun bank/kad kredit melalui aplikasi tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ketika mangsa ingin meneruskan pembayaran, laman sesawang itu akan ‘hang’. Pada ketika itulah suspek akan asked maklumat peribadi mangsa Dan memindahkan wang dalam akaun bank mangsa ke akaun tak dikenali,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa unit telefon bimbit, set komputer, router wifi, cakera keras dan akses lad beserta kunci rumah yang dipercayai digunakan oleh sindiket ini.

Kamarul Zaman berkata, ini adalah kes yang pertama seumpamanya dilaporkan di negeri dan kes kedua direkodkan dalam negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, hasil siasatan awal terhadap kesemua suspek yang merupakan pembangun perisian itu telah menjual aplikasi dan laman sesawang tersebut kepada lebih 100 telah dijual kepada pelanggannya pada harga RM30,000.

Katanya, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti jumlah kerugian yang disebabkan perbuatan sindiket tersebut serta pelanggannya.

“Buat masa ini, kita masih belum mengetahui kepada siapa aplikasi dan laman sesawang ini dijual sama ada pembeli di luar negara turut terlibat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kita berharap untuk memperoleh tempoh reman yang panjang bagi siasatan menyeluruh dijalankan, ada beberapa perkara yang perlu kita sahkan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi pegawai risikan dan operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kontinjen Johor, Timmy Anak Aheng di talian 019-7773728.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 120 kanun sama kerana melakukan pakat jahat jenayah.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement