Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

Guardiola tuduh Levy punca kemelut City


MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola kekal dengan motivasi tinggi untuk raih keputusan baik ketika menerima kunjungan Aston Villa di Etihad, awal pagi esok biarpun dipalit skandal penipuan kewa­ngan kelab itu.

Bagaimanapun, nama Da­niel Levy menjadi topik utama sepanjang sidang media praperlawanan apabila Guardiola tidak menolak andaian mengatakan pengerusi Tottenham Hotspur itu sebagai watak utama yang mengheret siasatan ke atas City berhubung pelanggaran peraturan kewangan.

“Pergi tanya pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Daniel Levy,” katanya apabila ditanya adalah beliau yakin pendakwaan itu dicetuskan oleh kelab pesaing dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semua 19 pasukan perlu jadikan contoh. Kami perlu berhati-hati pada masa depan selepas apa yang mereka lakukan. Ba­nyak kelab boleh membuat cadangan dan ada juga kelab yang boleh dituduh seperti yang kami hadapi sekarang,” katanya.

City kini berdepan dakwaan oleh Liga Perdana Inggeris berkaitan lebih 100 tuduhan me­langgar peraturan kewangan sejak 2009 hingga 2018.

Sekiranya didapati bersalah, City berpotensi dikenakan hukuman berat iaitu penolakan mata, membayar pampasan dan paling teruk boleh disingkirkan daripada saingan EPL.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 2020, City pernah dikenakan penggantungan dua tahun oleh UEFA kerana kesalahan sama, namun keputusan dibuat pentadbir bola sepak Eropah itu terbatal selepas kelab itu membawa kes ke peringkat Mahkamah Timbang Tara (CAS).

“Kelab ini membuktikan mereka tidak bersalah dan apa yang berlaku kali ini juga sama ketika kes babitkan UEFA. Kami sudah pun berdepan kutukan tanpa beri ruang kepada kami untuk pertahankan diri,” jelasnya.
– AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement