Hi, what are you looking for?

Sukan

Guillermo Ochoa menyinar di Qatar


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

DOHA – “Ini pentas dirinya menyinar!”

Demikian reaksi pemain Me­xico ketika mengulas aksi hebat dipamerkan penjaga gol, Guillermo Ochoa yang menyelamatkan sepakan penalti Robert Lewandowski untuk mengikat Poland tanpa jaringan pada aksi pertama Kumpulan C di Stadium 974, awal pagi semalam.

Bagi rakan sepasukannya, Ochoa atau lebih dikenali sebagai Memo wajar diangkat sebagai peneraju utama kepada bola sepak Mexico selepas sentiasa menyerlahkan kualitinya terma­suk pada penampilan kelima pada Piala Dunia kali ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Memo adalah seorang penjaga gol yang memiliki banyak sejarah sepanjang lima penampilan pada Piala Dunia. Kamu boleh mengatakan semua ini dengan mudah tetapi di sebalik itu, terlalu banyak pengorbanan dan kerja keras dilakukannya.

“Inilah hasilnya dan ia hadir dalam perlawanan yang penting,” kata penyerang Mexico, Alexis Vega.

Ketika detik sepakan penalti pada minit ke-58, Memo dilihat mengatakan sesuatu kepada Lewandowski dan tindakan itu bagai mengganggu tumpuan penyerang Poland berkenaan hingga dipalit kecewa untuk membuka akaun jaringan pada Piala Dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini bukan kali pertama Memo mencuri tumpuan dan pada edisi 2014, penjaga gol itu juga begitu kebal dan detik itu melonjakkan namanya di pentas bola sepak dunia.

Pada edisi 2018, Memo juga terus jadi tumpuan ketika kekal tanpa bolos ketika menentang Jerman pada perlawanan Kumpulan F.

Sekalipun tidak menjadi pilihan kepada kelab ternama di Eropah, pemain berusia 37 tahun itu sentiasa konsisten setiap kali menyarung jersi Mexico di pentas Piala Dunia seperti yang pernah dibuktikan pada edisi sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dia adalah hero kami kerana tanpa kecemerlangannya, kami mungkin akan tewas. Memo sentiasa hadir tepat pada masanya ketika pasukan begitu memerlukan sentuhannya,” kata pertahanan, Jorge Sanchez.

“Detik dia menyelamatkan penalti itu beri semangat kepada kami. Semua orang tahu dia seorang pemain berkualiti dan dia juga seorang ketua yang hebat,” kata pemain tengah, Charly Rodriguez. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Hasrat pemain skuasy perseorangan wanita, Aifa Azman untuk mempertahankan gelaran Terbuka Malaysia tidak kesampaian apabila...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Gara-gara terlepas cakap pernah berniat mahu menyembelih orang bukan Islam dalam sebuah ceramah pada 4...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Pelakon jelita Amelia Henderson melahirkan rasa syukur kerana mendapat peluang menceritakan segalanya di mahkamah. Kata...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Piala Dunia 2022 Di Qatar Pengadil Banyak Memberi Masa Tambahan Untuk Perlawanan Edisi Piala Dunia kali ini banyak...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications