Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Guna Benda Ni Je, Lelaki Kongsi Cara Mudah Hilangkan Masalah Kipas Berbunyi


Guna Benda Ni Je, Lelaki Kongsi Cara Mudah Hilangkan Masalah Kipas Berbunyi

Dalam keadaan cuaca panas ini, penggunaan kipas sangat diperlukan untuk menyejukkan suhu rumah. Tidak kiralah kipas siling mahupun kipas berdiri sekalipun.

Penggunaan kipas yang kerap mungkin akan menyebabkan ia mudah rosak dan mempunyai masalah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara masalah yang kerap terjadi adalah kipas akan mula mengeluarkan bunyi yang bising semasa ia sedang dibuka.

Namun tahukah anda, bunyi bising tersebut boleh diatasi dengan mudah hanya menggunakan satu benda sahaja.

Mari kita ikuti perkongsian daripada pengguna TikTok @sayazuhri berkenaan bagaimana cara mahu menghilangkan bunyi bising tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut lelaki itu, bahan utama dalam menyelesaikan masalah kipas berbunyi adalah minyak ‘grease’. Tidak kisah jika anda mahu gunakan jenama apa sekalipun asalkan ia adalah grease.

| KampungmamakcomKredit TikTok

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan membuka penutup rumah kipas dan bersihkan serta tanggalkan bilah kipas.

Anda juga perlu buka ‘cover’ di bahagian bawah kipas berkenaan untuk memudahkan lagi kerja baik pulih.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selesai buka kesemua bahagian, anda boleh mulakan dengan menyapu grease pada bahagian rumah bearing kipas berkenaan. Sapukan grease pada kedua-dua bahagian iaitu bahagian atas dan bawah.

| KampungmamakcomKredit TikTok
Langkah seterusnya memerlukan anda untuk lebih berhati-hati

Menurut lelaki itu, untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat, dia menyapu grease pada bahagian bearing menggunakan jari dalam keadaan kipas dibuka dan berpusing.

| KampungmamakcomKredit TikTok

Jika anda tidak berani, lelaki tersebut turut menasihatkan agar hanya menyapu pada bahagian bearing dalam keadaan kipas tidak perlu di ‘on’ kan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anda hanya perlu sapu grease sampai penuh di bahagian bearing tadi kemudian on kan macam biasa kipas tadi. Nanti grease tadi akan masuk sikit demi sedikit ke dalam bearing tersebut.

Kaedah ini akan mengambil masa lebih sedikit dibandingkan dengan kaedah menyapu bearing sambil kipas di ‘on’ kan tadi.

BACA: Tukar Benda Ni Je, Lelaki Ajar Cara Nak Bagi Kipas Pusing Laju

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selesai sahaja sapu grease tadi, pasangkan semula bahagian yang dicabutkan tadi dan cuba on kipas untuk lihat hasilnya.

Pastikan anda mengutamakan keselamatan dalam melakukan proses ini untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.

Diharap dengan perkongsian kali ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah kipas siling bising di rumah anda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

@sayazuhri

Kipas lipas ada masalah bunyi? Jom ikut aku cara untuk selesai masalah bunyi. #ticerzuhri #learnonzuhri #Repairpeti #selayang #kualalumpur #Servismesinbasuh #baikipeti #beko #aircondmurahkl

♬ original sound – Zuhri Mohd – Zuhri Mohd

Sumber: TikTok via @sayazuhri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Skuad badminton lelaki negara meneruskan rentak cemerlang pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 apabila mudah membenam Kazakhstan 5-0 dalam...

Sukan

3s SHAH ALAM – Seperti dijangka, skuad badminton lelaki negara tidak berdepan sebarang masalah untuk menewaskan Brunei 5-0 bagi meraih kemenangan pertama pada Kejohanan...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Tidak merajuk, sebaliknya paduan suara penyanyi Izzue Islam bersama bekas kumpulannya, Forteen dalam single baharu berjudul Ntah Epilog Cinta bukti...

Sukan

3s LONDON – Arsenal terus mencabar kelomp teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas melakar kemenangan bergaya 6-0 ke atas West Ham di Stadium London...

Advertisement