Hi, what are you looking for?

Filem

Haji Backpacker: Seorang murtad yang menemukan jalan pulang (Director’s Cut 2021)


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Haji Backpacker pada asalnya telah dirilis pada tahun 2014, akan tetapi baru-baru ini, pihak Falcon Pictures telah meriliskan semula filem ini dengan versi Director’s Cut pula di platform KlikFilm.

Haji Backpacker merupakan sebuah filem ber-genre “road movie”. Filem ini juga bertemakan ketuhanan pada pendapat kami. Sebagai “road movie”, jalan ceritanya turut membawa pengajaran di setiap tempat yang dilawatinya, sisi pertemuan dengan watak-watak yang memberikan inspirasi, sehinggalah ke pemandangan yang ohsem!

Mada diceritakan mengembara ke sembilan buah negara. Sebagai filem ketuhanan, dari adegan mimpi spiritual menaiki belon udara panas dan kemudian tertusuk di menara masjid, juga bertemu ayahnya berpakaian ihram cukup membuat kami takjub.

“Ketika kamu berharap sesuatu, kamu menganggap bahawa Tuhan telah mendukung kamu. Tapi saat harapan itu tidak tercapai, kamu menganggap bahawa Tuhan telah meninggalkan kamu. Dan kamu merasa berhak untuk membalas dan meninggalkan-Nya?”

Tentunya ada perubahan karektor pada diri pelakon utamanya seperti kebiasaan “road movie” dan ditambah filem ini yang berkonsepkan ketuhanan. Yang kami suka adalah nilai ketuhanan yang disampaikan tidak mengajar tetapi ditafsirkan, pelakon utamanya tidak suci seperti Nabi. Petikan dari kata-kata Mada, “Tuhan aku menyerah pada aturanmu, tunjukkan jalanmu!“. Biarpun salah satu alasan Mada mengembara hanya kerana ditinggal cintanya Sofi sangat cliché, seolah-olah hanya Sofi perempuan di dunia ini. Tetapi tidak apa juga, ramai orang seperti itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Haji Backpacker memberikan banyak informasi soal kebudayan-kebudayaan lokal di Sembilan negara itu walaupun tidak semuanya ditampakkan secara detail. Nampaknya filem ini digarap penuh teliti dan kelihatan lebih baik dari filem bertemakan ketuhanan sebelumnya seperti Ayat-ayat Cinta yang terlalu memaksakan perbualan atau komunikasi di dalam Bahasa Indonesia di tanah Mesir.

Dari segi pemilihan pelakon, Abimana Aryasatya dilihat membawakan watak dengan begitu baik sekali, walau lakonannya tidak jauh beza dari 99 Cahaya di Langit Eropa. Laura Basuki, cantik dan anggun sekali dengan busana muslim Yunan, serta chemistri-nya dengan ayahnya yang seorang ustaz menjadikan lakonan beliau lebih menarik.

Yang menjadi perhatian kami dari segi barisan pelakon ini adalah lakonan Laudya Cynthia Bella yang amat berbeza jika dibanding karakternya di sinetron atau filem sebelumnya. Apa pun yang paling bagus lakonannya biarpun sekadar cameo seperti lakonan pemimpin puak bersenjata di gurun yang berwajah dingin dengan mainan mata yang tajam, lakonan ketua penjahat di Bangkok yang keji, sehinggalah lakonan guru agama di India yang benar-benar nampak “real“.

“Aturan Tuhan sudah sempurna. Tak ada yang namanya kebetulan. Kekecewaanmu adalah cerminan bahawa kamu tidak mau diatur oleh-Nya.”

“Kalau aku bisa lihat Kamu, mungkin aku barangkali gampang percaya. Kalau aku bisa dengar Kamu, ingin aku bisa dengar kehendak Kamu. Aku sadar, gak bisa seperti yang aku inginkan. Ini cara Kamu menguji imanku.”

Sayang sekali, filem Haji Backpacker hanya dapat ditonton di Indonesia sahaja buat masa ini. Diharapkan Disney+ Hotstar Malaysia dapat menayangkan filem ini di platform mereka untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

APA KATA NETIZEN?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LUMUT – Perolehan Kapal Songan Pelbagai Peranan (MRSS) kini menjadi satu keperluan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengundang sebak ramai apabila memuat naik gambar menerima skrol diploma mewakili...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. QUETTA: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 28 lagi cedera selepas seorang pengebom berani mati bertindak menyerang sebuah kenderaan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Tindakan kanak-kanak perempuan yang berusia tiga tahun yang rajin melipat pakaian sendiri sambil menyanyi kegirangan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications