Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Hamas dakwa musnahkan 60 jentera perang Israel dalam 72 jam


GAZA CITY: Kumpulan pejuang Hamas mendakwa pasukannya berjaya memusnahkan kira-kira 60 jentera perang tentera Israel di Gaza.

Malah, jurucakap Briged Qassam, Abu Obeida berkata, kesemua jentera perang itu dimusnahkan dalam tempoh 72 jam lalu.

Dalam satu mesej dirakam, Abu memaklumkan antara jentera perang Israel yang menjadi sasaran serangan sejak tiga hari lalu termasuk 10 kenderaan pengangkut tentera.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Abu juga menyatakan pertempuran sengit sedang berlaku, dengan tentera Israel berada di beberapa kawasan di seluruh Semenanjung Gaza.

“Kami mengesyaki tentera Israel mengebom tenteranya di darat dengan mempercayai sejumlah askarnya ditangkap dalam operasi kami lakukan ke atas kenderaan pengangkut tentera di Gaza City,” katanya.

Berdasarkan laporan media Israel, sekurang-kurangnya 66 anggota tentera terbunuh sejak bermulanya operasi darat rejim zionis itu di Gaza pada 27 Oktober lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tentera Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza termasuk hospital, kediaman dan rumah ibadat sejak serangan mengejut Hamas pada 7 Oktober lalu.

Sekurang-kurangnya 13,300 rakyat Palestin terbunuh termasuk 5,600 kanak-kanak dan 3,550 wanita. – AGENSI


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Lifestyle

0 Usaha Bersama BNM-PDRM Tangani Perniagaan Wang Haram di Sarawak BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Bank...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications