Hi, what are you looking for?

Sukan

Hamidin beri Zii Jia masa bukti kemampuan


KUALA LUMPUR – Aksi terumbang-ambing yang ditampilkan perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia pada saingan musim ini nyata mendapat perhatian Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata, pihaknya sedia memberikan peluang kepada pemain No.10 dunia itu membuktikan kemampuan sepanjang saingan kelayakan ke temasya sukan empat tahun sekali tersebut.

Bagaimanapun, Hamidin menjelaskan, Zii Jia dan pemain-pemain badminton lain yang berada dalam program Road To Gold (RTG) perlu memastikan mereka layak sekurang-kurangnya ke pusingan suku akhir dalam kejohanan-kejohanan akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini bukan masa untuk fikir mengenai pingat emas atau perak (Olimpik) kerana masih ada banyak kejohanan perlu diharungi. Mereka perlu menetapkan diri untuk bermain di suku akhir, separuh akhir atau final.

“Ketika Piala Sudirman, dia (Zii Jia) menang semua perlawanan, namun di Malaysia Masters, dia tersingkir di pusingan kedua. Prosesnya memang macam itu, bangkit secara perlahan-lahan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Tandatangan Perjanjian Penajaan Antara MOM dan Milo di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad, Juan Aranol.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa sama, Hamidin turut menggesa Zii Jia supaya mengembalikan prestasi terbaik sekiranya dia mahu mengekalkan kedudukannya dalam senarai program RTG yang diumumkan sebelum ini.

“Zii Jia sekarang sudah jatuh ke ranking No.10 dunia, jadi kita kena pastikan dia kembali ke prestasi terbaik dan hanya masa yang akan menentukan. Ini bukan masalah peminat suka atau tak suka kerana saya tidak gemar berkompromi.

“Sekiranya dia betu-betul mahu, dia perlu buktikan dengan melayakkan diri ke final atau meraih gelaran juara kerana semua ini adalah demi negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebagai CDM, saya masih boleh bersabar dan bagi dia peluang kerana kadang-kadang pemain ada masalah perlu diselesaikan. Sekiranya sampai satu masa masih tidak boleh buktikan, mungkin kita terpaksa buat satu keputusan,” ujarnya.

Sementara itu, Aranol berkata, Milo komited dalam memainkan peranan penting bagi mencorakkan masa depan sukan Malaysia dan ia sudah dibuktikan dengan kerjasama bersama MOM sejak hampir tujuh dekad lalu.

Lebih manis, kerjasama Milo dan MOM yang bermula sejak 1956 turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai syarikat korporat paling lama bersama badan induk sukan negara itu selama 68 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Hakikat ini dapat dilihat daripada kerjasama dengan MOM yang semakin luas sejak dimulakan pada 1950-an apabila kontinjen Malaysia menyertai Sukan Olimpik Ke-16 buat kali pertama.

“Menerusi kerjasama berterusan dengan MOM serta program sukan akar umbi yang kami laksanakan, kami tetap komited untuk memberi inspirasi kepada atlet bertaraf dunia buat generasi akan datang Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications