Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Hanya Guna Alat Pengesan Logam Murah, Lelaki Berjaya Temui Emas Besar Dalam Batu Bernilai RM1 Juta


Hanya Guna Alat Pengesan Logam Murah, Lelaki Berjaya Temui Emas Besar Dalam Batu Bernilai RM1 Juta

Seorang lelaki Australia yang hanya menggunakan alat pengesan logam bajet telah mendapat durian runtuh selepas menemui batu yang mengandungi emas seberat 4.6kg.

Memetik BBC, emas yang berada di dalam batu itu dianggarkan bernilai A$240,000 (kira-kira RM1 juta).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lelaki yang tidak mahu mendedahkan namanya itu berjaya menemui batu itu di ladang emas Victoria yang juga merupakan nadi kepada lubuk emas Australia pada tahun 1800-an.

Darren Kamp, yang menghargai dan membeli spesimen itu berkata bahawa ia adalah yang terbesar pernah dilihatnya dalam kerjayanya selama 43 tahun.

“Saya sangat terkejut. Ia adalah penemuan sekali seumur hidup,” kata Darren kepada BBC.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Darren tidak terlalu memikirkannya apabila seorang lelaki yang membawa beg galas besar masuk ke kedainya di Geelong untuk mencarinya.

Seorang lelaki membawa batu seberat 4.6kg ke sebuah kedai emas

Kebiasaannya orang akan datang ke kedainya dengan membawa emas palsu atau batu lain yang kelihatan seperti sebuah emas tulen, kata Darren.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tetapi dia menarik batu ini keluar dan ketika dia meletakkannya di atas tangan saya dia berkata, ‘Adakah anda fikir ada nilai USD 10,000 di dalamnya?’”

| KampungmamakcomKredit Darren Kamp

“Saya memandangnya dan berkata ‘cuba USD 100,000’.” tambah Darren.

Lelaki itu kemudian memberitahu bahawa batu di tangan Darren hanya separuh daripada yang ditemui.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berat keseluruhan batu itu adalah 4.6kg, namun 2.6kg daripadanya ialah ketulan emas.

Selepas dinilai, Darren akhirnya membuat keputusan untuk membeli batu itu dari lelaki tersebut.

BACA: Kata Nak Tengok Je, 5 Punca Ramai Tak Nak Keluar Dari Tempat Ni, Normal Kalau Suami Kena Sidai

Advertisement. Scroll to continue reading.

Darren berkata bahawa lelaki bertuah itu tidak sabar-sabar untuk membelanjakan wang itu untuk keluarganya: “Dia berkata kepada saya, ‘ Oh isteri saya pasti akan gembira’.”

Walaupun penemuan seperti ini jarang berlaku, Australia dianggarkan mempunyai rizab emas terbesar di dunia dan banyak emas terbesar di dunia ditemui di Australia.

Sumber: BBC

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelawak Ali Puteh akhirnya berjaya mengumpul sebanyak RM75,000 hasil penjualan barangan peribadi dan produk makanan yang diusahakan bagi melunaskan hutang...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon, Elly Arifin memberi amaran kepada individu biadab agar menghentikan perbuatan jijik mengirimkan gambar alat sulit atau berdepan...

Sukan

3s SHAH ALAM – Skuad badminton lelaki negara meneruskan rentak cemerlang pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 apabila mudah membenam Kazakhstan 5-0 dalam...

Advertisement