Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Hanya Kerana RM50, Kris Dayanti Didenda RM80


KUALA KANGSAR: Seorang pekerja kilang warga Indonesia, Kris Dayanti didenda RM80 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan gagal memberi keterangan memuaskan berhubung pemilikan wang berjumlah RM50 di dalam akaun bank miliknya, Julai lalu.

Majistret Mohd. Shazmeer Zamhari menjatuhkan hukuman itu terhadap Kris Dayanti, 22, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Kris Dayanti juga berdepan hukuman penjara 10 hari jika gagal membayar denda tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengikut pertuduhan, wanita terbabit didakwa kerana didapati di dalam akaun Maybank miliknya wang berjumlah RM50 di mana dia tidak dapat memberi keterangan memuaskan berhubung pemilikan wang tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Kuala Kangsar pada pukul 4.15 petang, 27 Julai lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syuhada Muhammad Lutfi mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan telah beberapa kali disiasat bagi kes sama yang bersangkut dengan penggunaan akaun bank miliknya.

Mengikut fakta kes, polis menerima laporan daripada seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang mendakwa diugut dan dipaksa membayar sejumlah wang jika tidak mahu video bogelnya tersebar oleh wanita yang baharu dikenali menerusi aplikasi MiChat.

Mangsa berkenalan dengan wanita itu pada pukul 3 pagi, 27 Julai lalu sebelum berhubung menggunakan panggilan video melalui aplikasi WhatsApp.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Remaja itu yang takut dengan ugutan berkenaan telah membuat pindahan wang berjumlah RM50 ke dalam akaun bank wanita terbabit pada pukul 4 petang hari yang sama sebelum dipaksa lagi membuat pindahan wang berjumlah RM500.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement