Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Hanya Sebut ‘Ma-AH’, Kucing Boleh Faham Bahasa & Datang Ke Kita


Hanya Sebut ‘Ma-AH’, Kucing Boleh Faham Bahasa & Datang Ke Kita

Selain daripada manusia, kadang-kadang kita berharap haiwan dapat menuturkan perkataan membalas setiap perkara yang diungkapkan selain memahami keluhan yang mereka dengar.

Bagi seorang pencinta haiwan tentunya akan berasa berpuas hati apabila dapat mendengar ‘suara’ mereka kerana dapat berinteraksi dengan lebih mendalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pun begitu, ada satu cara yang membolehkan pencinta kucing untuk berinteraksi dengan haiwan mereka dengan hanya menggunakan satu perkataan, ia boleh memahami arahan tuannya.

Hanya satu perkataan, kucing boleh faham

Dalam satu perkongsian video yang dimuat naik oleh akaun @alecanewman di TikTok, dia menerangkan bagaimana untuk bercakap dengan bahasa yang difahami oleh kucing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya, dengan hanya menyebut perkataan ‘Ma-AH’, kucing tersebut akan datang kepada kita disebabkan maksudnya dipercayai ialah ‘Mari ke sini’.

Walau bagaimanapun, ia akan menjadi sukar kerana sekiranya dilakukan kepada anjing, kemungkinan anjing akan datang.

Namun, jika dicuba pada kucing, kemungkinan besar ia hanya akan memberi pandangan kosong. Pun begitu, ia akan berhasil sekiranya melakukan beberapa kali percubaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dengan hanya menyebut ‘Ma-AH’, haiwan tersebut akan memahami dan segera memandang sebelum menuju ke pemanggil itu.

BACA: Wanita Kongsi Kisah ‘Annyong’, Kucing Jalanan Yang Dijaga Hingga Akhir Hayat

Cuba pada kucing sendiri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lelaki tersebut turut mengambil peluang untuk mencuba kepada haiwan peliharaannya, iaitu kucing yang berwarna kelabu.

Pada percubaan pertama, lelaki itu memanggil menggunakan perkataan tersebut dan kucingnya secara tidak langsung menoleh kepala ke arahnya.

| KampungmamakcomKredit: @alecanewman/TikTok

Ia menoleh secara cepat dan memberi pandangan pelik terhadap tuannya, seakan-akan berasa janggal kerana tuannya dapat berkomunikasi menggunakan bahasa kucing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akan tetapi, kucing itu hanya melihat dan memberi pandangan kosong kepada lelaki tersebut sekali gus menjadikan percubaan pertama itu gagal.

Kemudian, lelaki itu mencuba kali kedua dan pada kali ini dia berdiri dekat dengan kucingnya di laluan dalam rumah.

| KampungmamakcomKredit: @alecanewman/TikTok

Dengan hanya sekali percubaan menyebut ‘Ma-AH’, kucing tersebut berjalan menuju ke arahnya tanpa rasa ragu-ragu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini membuktikan perkataan itu dipercayai berhasil setelah beberapa kali percubaan dilakukan memandangkan haiwan tersebut memerlukan pemahaman yang mendalam berkaitannya.

Dipercayai rata-rata ramai yang mencuba teknik itu berhasil berinteraksi dengan haiwan kegemaran mereka. Walaupun perkataan itu hanyalah ringkas namun ia memberi kesan yang mendalam buat pencinta haiwan.

“Kucing saya berlari seperti menjawab ‘Ya’, saya hanya duduk kerana terkejut,” kata pemberi komentar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ia berkesan kepada empat ekor kucing saya. Saya akan cuba kepada dua ekor yang lain,” ujar warga maya lain.

“Kucing saya datang dua kali setelah saya ungkapkan perkataan itu,” kata seorang warga maya lagi.

@alecanewman

Replying to @Jason Farrand Also learned from a Siamese cat in the 90s. 10% of the time, this works great. #cattok

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – Alecanewman

Sumber: @alecanewman/TikTok

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Kepada adik-adik yang tengah sekolah, jangan main-main, rugi. Nanti bila umur 40 tahun akan pandang balik.” Demikian pesanan penyanyi Hazama...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Jarang berkongsi gambar dengan suami dalam media sosial sehingga muncul dakwaan kononnya sedang berdepan krisis rumah tangga, pelakon Datin Elvina...

Sukan

0 DOHA – Ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann menepis dakwaan bahawa pasukannya sengaja meraih keputusan seri 3-3 bertemu Malaysia kelmarin kerana mahu mengelak...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon Sharnaaz Ahmad memahami perasaan yang dilalui penyampai radio Fizi Ali apabila sudah dua bulan tidak dapat berjumpa dengan anak...

Advertisement