Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Hanya Tiga Saat Promosi Produk, Wanita Jana Jualan RM64 Juta Dalam 7 Hari


wanita promosi produk seminggu

Hanya Tiga Saat Promosi Produk, Wanita Jana Jualan RM64 Juta Dalam 7 Hari

Seorang wanita mencuri perhatian orang ramai apabila berjaya meraih 100 juta yuan (RM64.215 juta) dalam masa tujuh hari dengan hanya mempromosikan produk dalam tempoh tiga saat.

Memetik Must Share News, Zheng Xiangxiang membuat promosi tersebut menerusi penstriman langsung (Live Streaming) di platform Douyin (China).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun apa yang mencuri tumpuan adalah wajahnya yang tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika mempromosikan produk-produk berkenaan.

Dalam promosi tersebut, Zheng hanya membuka kotak, menyebut harga dan menutup kembali kotak setiap produk. Zheng turut dibantu oleh seorang pembantu yang menghulurkan kotak tersebut kepadanya.

Manakala setiap produk dipromosikan dalam tempoh tiga saat sahaja. Selain itu, pelanggang turut tertarik dengan pembungkusan yang kelihatan begitu mewah walaupun produk yang dijual rata-rata berharga kurang 10 yuan (RM6.42).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Promosi produk tiga saat, untung puluhan juta ringgit

Ternyata, teknik berkenaan begutu berjaya apabila Zheng berjaya mencatatkan angka jualan mencecah puluhan juta ringgit dalam tempoh seminggu.

Pencapaian yang dilakukan oleh Zheng amat mengagumkan kerana dia perlu menjual sekurang-kurangnya 10 juta produk bagi mendapatkan hasil jualan demikian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Zheng bukanlah nama yang asing dalam industri jualan langsung di China dan namanya sudah begitu terkenal sejak 2017 lagi.

Malah, dia juga memiliki jutaan pengikut di Douyin dan atara ‘bintang’ di platform berkenaan.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by 鄭香香 (@zheng.xiangxiang2)

BACA JUGA: Rayuan Siti Bainun Terhadap Sabitan, Hukuman Ditangguh Ke 30 Januari 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Guru Tadika Jana 2 Juta Yuan Hanya Dengan Tiga Sesi Live Stream

Pada Mei lalu, seorang guru tadika di China tidak menyangka bahawa video dirinya mengajar lagu kanak-kanak tular di platform media sosial China, Douyin.

Lebih mengejutkan, wanita tersebut nekad untuk  berhenti kerja selepas salah satu sesi live stream yang dilakukannya  berjaya menjana pendapatan bernilai gajinya untuk 10 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut laporan  China Times, guru yang dikenali sebagai Huang menjadi sebutan orang ramai apabila video lagu kanak-kanaknya mencapai jumlah tontonan melebihi dari 100 juta.

Susulan kandungan yang dihasilkan Huang mendapat sambutan, rata-rata warga maya menyarankannya untuk memasuki industr penstriman secara siaran langsung.

BACA JUGA: Kenali Manchineel, Pokok Paling Berbahaya Di Dunia Hingga Digelar “Tree Of Death”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Secara keseluruhan, sesi live stream terbabit berjaya menjana jumlah pendapatan hampir 500,000 yuan (RM320,870.18) dalam satu hari sahaja.

Sebagai seorang guru tadika di Wuhan yang menerima bayaran gaji sebanyak 3,000 yuan (RM1926.84) sebulan, keuntungan daripada media sosial ini dianggap lumayan.

Sumber: Must Share News, Today Online, Next Shark

Advertisement. Scroll to continue reading.

The post Hanya Tiga Saat Promosi Produk, Wanita Jana Jualan RM64 Juta Dalam 7 Hari appeared first on Siakap Keli.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Sukan

0 KEADAAN padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini tidak banyak berubah menjelang sepak mula aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications