Hi, what are you looking for?

Mamak News

Harap semua projek di Kelantan tidak tergendala, disekat – TMB Kelantan


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KOTA BHARU – Kerajaan negeri berharap kerajaan Persekutuan yang baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) meneruskan projek-projek di Kelantan yang sudah diluluskan demi kebaikan seluruh rakyat.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, beliau berharap kerajaan baharu dapat mengamalkan dan menghormati semangat persekutuan dengan baik.

“Kita berharap semua projek di Kelantan tidak tergendala dan tersekat disebabkan oleh isu atau agenda politik kerana ia adalah untuk rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Rakyat mendapat faedah dan manfaat terhadap setiap projek yang dilaksanakan. Kerajaan negeri sekadar menjadi orang tengah dalam menyiapkan projek-projek berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Amar yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu berkata, kerajaan negeri belum membincangkan tarikh pembubaran DUN dan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan.

Katanya, PRN tidak boleh diadakan terlalu awal bagi memberi ruang rehat kepada petugas-petugas parti yang telah mengerah keringat pada PRU15 lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami juga perlu prihatin dengan kesukaran pengundi yang baru sahaja pulang ke tempat masing-masing selepas menunaikan tanggungjawab mereka. Jika kita buat PRN segera, kasihanlah mereka.

“Pembubaran DUN boleh dilaksanakan sehingga Mei tahun depan. Sekiranya belum bubar pada masa itu, maka DUN akan terbubar secara automatik. Selepas itu, ada masa sehingga Julai tahun depan untuk mengadakan PRN,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications