Hi, what are you looking for?

Sukan

Harapan Sepanyol layak awal tertangguh


AL KHOR – Pemain pertahanan Sepanyol, Dani Carvajal menggesa rakan sepasukannya membuat persiapan lebih baik menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Jepun untuk memastikan mereka mampu mengesahkan tempat ke pusi­ngan 16 pasukan terbaik.

Awal pagi semalam menyaksikan Sepanyol sekadar meraih satu mata selepas terikat 1-1 menentang Sepanyol menyebabkan impian mereka untuk layak lebih awal terpaksa ditangguhkan.

Biarpun satu mata diraih ketika menentang Jepun nanti dianggap sudah cukup untuk membolehkan mereka mara, namun mereka tidak mahu memperjudikan sebarang kemungkinan, sebaliknya turun dengan mentaliti kemenangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sepanyol ketika ini memimpin Kumpulan E dengan empat mata ketika Jepun dan Costa Rica berkongsi tiga mata, manakala Jerman berada di tangga tercorot dengan meraih satu mata.

“Jika kami menang menentang Jepun, kami akan menjadi juara kumpulan dan kami perlu me­lakukannya.

“Kami perlu turun untuk memenangi perlawanan itu nanti seperti yang biasa kami lakukan dan mara ke pusingan kalah mati,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, sekiranya Sepanyol sekadar terikat menentang Jepun, manakala Costa Rica melakar kejutan menewaskan Jerman, mereka hanya akan layak sebagai naib juara kumpulan yang pastinya bukanlah suatu yang diinginkan oleh La Roja.

Pada aksi awal pagi semalam, Sepanyol meraih gol pembukaan menerusi Alvaro Morata sebelum Jerman menyamakan kedudukan menerusi Niclas Fullkrug.
– AFP


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SINGAPURA: Seorang wanita yang sudah berkahwin dan menjalin hubungan sulit dengan rakan kongsi perniagaannya memasang kamera video mini di tandasnya supaya lelaki itu...

Sukan

0 PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakui tidak sabar untuk menguji rumah baharu Selangor FC di Kompleks Sukan Shah Alam yang dijangka siap sepenuhnya...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Bekas isteri Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin, Emilia Hanafi memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini sejak menjadi ibu tunggal,...

Hiburan

0 PUTRAJAYA –  Terkesan nasib menimpa mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin, 44, penyanyi dan usahawan, Sufian Suhaimi, 31, tampil menghulurkan bantuan berbentuk wang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications