Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Harga Ayam & Telur Akan Lonjak Naik Lebih Tinggi Jika Tiada Intervensi Kerajaan


PUTRAJAYA, 8 Jan (Bernama) — Harga ayam dan telur akan melonjak naik lebih tinggi sekiranya tiada intervensi daripada kerajaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Justeru, beliau berkata kerajaan termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa mengambil langkah proaktif untuk mengimbangi kenaikan harga ayam dan telur di pasaran.

Antara langkah yang dilakukan termasuk pelanjutan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) sehingga 4 Feb ini, mengimport ayam bulat sejuk beku dan pemberian kemudahan pinjaman mudah kepada industri penternakan ayam negara bagi mengatasi masalah lonjakan harga ayam di pasaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nanta berkata pelaksanaan SHMKM yang dijadualkan berakhir 31 Dis 2021 telah dilanjutkan selama 35 hari lagi, berkuat kuasa 1 Jan hingga 4 Feb 2022 dengan harga siling ayam ditetapkan sehingga 4 Feb 2022 pada RM6.10 sekilogram di peringkat ladang, RM7.80 sekilogram di peringkat borong dan RM9.10 sekilogram di peringkat peruncit.

Selain itu, usaha mengimport ayam bulat sejuk beku sehingga 10,000 tan metrik atau 5.5 juta ekor sebulan dan tindakan ini sedang diusahakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

“Dengan penambahan bekalan di pasaran, situasi ini dapat menampung sebarang kekurangan bekalan ayam dan mewujudkan persaingan sihat yang seterusnya dapat mengawal dan mengimbangi harga ayam di pasaran,” katanya dalam laman Facebook beliau di sini hari ini susulan kenyataannya berkenaan jangkaan kenaikan harga ayam dan telur di pasaran selepas SHMKM berakhir 4 Feb depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menjelas lanjut, beliau berkata kenyataan itu bukan sengaja diada-adakan tetapi berdasarkan hasil maklumat yang diterima daripada sesi libat urus yang diadakan 6 Jan lepas bersama-sama MAFI, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Kewangan, wakil Agrobank dan Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (FLFAM).

Katanya setiap pihak telah membentangkan faktor kenaikan kos operasi penternakan ayam termasuk peningkatan kos makanan ayam di peringkat global dan kekurangan tenaga kerja akibat sekatan kemasukan pekerja asing bagi sektor tersebut.

Nanta berkata kerajaan juga memberi kemudahan pinjaman mudah atau soft loan kepada industri penternakan ayam negara bagi mengatasi masalah lonjakan harga ayam di pasaran dengan peruntukan bantuan sebanyak RM262 juta untuk membantu peladang yang terjejas akibat kenaikan harga baja dan racun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM200 juta disediakan sebagai pinjaman agromakanan pada kadar sifar faedah dengan moratorium bayaran balik selama enam bulan melalui Agrobank dan Tabung Ekonomi Kumpulan Urus Niaga (TEKUN) Nasional untuk manfaat pengeluar agromakanan bagi menangani kos pengeluaran yang tinggi di peringkat ladang.

“Dengan adanya pemberian soft loan atau pinjaman mudah ini, ia dapat membantu penternak dan peladang menyerap kos operasi dan pengeluaran yang tinggi ketika ini sekali gus boleh mengawal kenaikan harga ayam,” katanya.

Nanta menjelaskan isu kenaikan harga ayam ini yang melibatkan kos operasi yang dipengaruhi oleh pasaran dunia sememangnya amat mencabar dan memerlukan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Walau bagaimanapun, KPDNHEP akan terus memantau kenaikan harga dari semasa ke semasa dan memberi jaminan akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga kebajikan kedua-dua pihak iaitu pengguna dan peniaga,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement