Hi, what are you looking for?

harga siling ujian kendiri covid

Kesihatan

Harga Siling Kit Ujian Kendiri Covid-19 Ditetapkan Pada RM19.90 – Menteri Kesihatan


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan kerajaan telah menetapkan harga runcit kawalan bagi kit ujian kendiri tersebut ialah pada RM19.90 yang akan berkuatkuasa Ahad ini.

Langkah ini diambil setelah beliau mendengar keluhan rakyat terutama daripada golongan B40 kerana harga kit ujian kendiri Covid-19 di pasaran agak mahal dan tidak ramai yang mampu memilikinya.

Menerusi akaun Twitter, beliau juga berkata, harga borong bagi kit ujian COVID 19 pula adalah pada harga maksimum RM16.00.

Dalam pada itu, beliau juga mengeluarkan kenyataan bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Alexander Nanta Linggi berkata, tindakan itu dilakukan berikutan permintaan kit berkenaan yang dijangka meningkat kerana kesedaran orang ramai bagi membuat ujian sendiri bagi memastikan diri bebas daripada wabak Covid-19.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebagai kerajaan yang prihatin dan serius dalam menangani kos sara hidup yang meningkat pada masa kini dan sebagai tanda sokongan kementerian bagi menangani wabak Covid-19, kerajaan akan membuat kawalan ke atas harga borong dan runcit maksimum bagi kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian sendiri) yang akan berkuat kuasa pada 5 September di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961,” kata kenyataan itu.

Menurut KPDNHEP, mereka juga menjangkakan kesan persaingan akan menstabilkan lagi harga jualan di semua peringkat seperti mana yang berlaku kepada harga pelitup muka, lapor Malaysiakini.

Amaran juga diberikan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal patuhi harga kawalan itu.

“Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti berikut:

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kesalahan menjual melebihi harga maksimum – individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

“(Manakala) syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000,” katanya lagi.

Kementerian pada masa yang sama menyediakan pelbagai medium untuk rakyat bagi menyalurkan aduan berhubung isu harga tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Menteri Kesihatan Baharu, KJ ‘Beri Salam’ Isu Lelaki Dihalang Rakam Video Di PPV

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Mamak News

0 PASIR PUTEH – Kegembiraan seorang remaja yang mandi bersama empat rakannya di air terjun Jeram Linang di sini bertukar tragedi apabila dia tergelincir...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications