Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Hari Terakhir Jelajah Sabah, Permaisuri Agong Menangis Lihat Rakyat Sanggup Tunggu Dalam Hujan


Rakyat Sabah setia menunggu kedatangan Agong dan Permaisuri Agong dalam hujan.

Hari Terakhir Jelajah Sabah, Permaisuri Agong Menangis Lihat Rakyat Sanggup Tunggu Dalam Hujan. Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menangis ketika menzahirkan rasa terharu dengan sambutan penduduk Sabah meraikan keberangkatan tiba baginda dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa penjelajahan terakhir Kembara Kenali Borneo di Negeri Bawah Bayu itu semalam.

Menerusi sebuah hantaran video di Instagram Istana Negara semalam, dipaparkan Tunku Azizah menangis melihat kesanggupan rakyat Sabah yang menanti keberangkatan tiba baginda berdua dalam cuaca hujan lebat semasa perjalanan pasangan diraja berkenaan dari Kota Kinabalu ke Sepitang, destinasi terakhir konvoi di Sabah sebelum memasuki Lawas, Sarawak.

Hari Terakhir Jelajah Sabah, Permaisuri Agong Menangis Lihat Rakyat Sanggup Tunggu Dalam Hujan
Hari Terakhir Jelajah Sabah, Permaisuri Agong Menangis Lihat Rakyat Sanggup Tunggu Dalam Hujan. Gambar tangkap layar dari Instagram Istana Negara

Dalam video yang dirakamkan sendiri oleh Tunku Azizah, baginda bertitah,

Sabah ‘menangis’, saya juga turut menangis, rakyat menangis, langit menangis tetapi mereka masih tetap di luar sana dalam hujan lebat. Saya sudah separuh basah kerana saya buka tingkap.

“Terima kasih banyak-banyak. Tuanku (Al-Sultan Abdullah) dan saya akan mengenang perkara ini sepanjang hayat kami… Kami minta maaf dan kami rasa bersalah kepada rakyat yang menunggu di luar sana dalam hujan kerana kami tidak boleh keluar dan bertemu dengan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

…hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas dan Tuanku dan saya doakan semua orang tak sakit, tak demam sebab tunggu dalam hujan begitu lama,” titah Tunku Azizah dalam video berdurasi kira-kira 40 saat itu yang dirakamkan sendiri oleh baginda.

Menerima lebih dari 400,000 tontonan (setakat artikel ini ditulis), ruangan komen dipenuhi dengan komen serta kenyataan yang positif serta kata-kata penghargaan atas keprihatinan Seri Paduka berdua.

Baca komen di sini:

Advertisement. Scroll to continue reading.
Hari Terakhir Jelajah Sabah, Permaisuri Agong Menangis Lihat Rakyat Sanggup Tunggu Dalam Hujan
Gambar tangkap layar dari Instagram Istana Negara
Hari Terakhir Jelajah Sabah, Permaisuri Agong Menangis Lihat Rakyat Sanggup Tunggu Dalam Hujan
Gambar tangkap layar dari Instagram Istana Negara

Dalam masa yang sama, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Sabah atas sambutan luar biasa terhadap program Kembara Kenali Borneo.

Untuk pengetahuan semua, Kembara Kenali Borneo yang berlangsung dari 3 hingga 13 September ini bermula di Tawau, Sabah dan akan berakhir di Telok Melano, Sarawak. Ia merupakan program penjelajahan sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Baca lagi di sini untuk ketahui lebih lanjut lagi mengenai perjalanan Agong dan Permaisuri Agong pada Kembara Kenali Borneo:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Mamak News

0 Bebas Selepas Dipenjara 28 Tahun, Ujian DNA Terbaru Buktikan Lelaki Tidak Bersalah Seorang lelaki di California menarik nafas lega apabila dapat mengecapi kebebasan...

Lifestyle

0 Tikter ini didakwa flex barang yang bukan miliknya Tampil Bergaya Rupanya Kantoi Pencuri, Individu Ini Dedah Tikter Sering Curi Barang Roommate. Seorang wanita...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications