Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

Harimau Malaya pamer kejutan ikat China


PETALING JAYA – Skuad Harimau Malaya terus mempamerkan prestasi positif di peringkat antarabangsa selepas mengikat pasukan ranking ke-80 dunia, China dengan keputusan 1-1 pada aksi persahabatan sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Phoenix Hill, Chengdu itu, skuad kendalian Kim Pan-gon membuat rombakan dalam kesebelasan utama dengan memberi ruang buat Darren Lok, Faisal Halim dan Akhyar Rashid mengetuai jentera serangan.

Percaturan tersebut dilihat bijak apabila benteng pertahanan skuad Dragons gagal mengekang asakan bertali arus pasuka Harimau Malaya pada awal perlawanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malaysia meraih gol seawal minit ke-3 hasil jaringan Darren tetapi gol tersebut dibatalkan kerana ofsaid.

Namun, momentum cemerlang skuad negara diteruskan dan kini peluang tidak disiakan selepas Faisal menjaringkan gol cantik apabila menerima hantaran Akhyar pada minit ke-10.

Skuad kebangsaan terus ghairah mengasak dengan kapten pasukan, Dion Cools hampir menggandakan jaringan tetapi tandukannya menerusi situasi sepakan penjuru sedikit tersasar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malaysia terus menguji gawang China menerusi percubaan jarak jauh yang dilakukan oleh pemain naturalisasi kebangsaan, Endrick Dos Santos tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol tuan rumah.

Gawang Malaysia akhirnya dibolosi sebelum berakhir separuh masa pertama menerusi ledakan Lin Liangming menerusi situasi set piece pada minit ke-36.

Bersambung pada babak kedua, skuad negara sekali lagi bermula pantas apabila Faisal memiliki peluang terbaik untuk menambah jaringan tetapi percubaan melepasi gawang gol.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas itu, Pan-gon membuat keputusan untuk menggunakan pemain-pemain baharu seperti Arif Aiman Hanapi, Junior Eldstal dan Safawi Rasid dalam usaha mencari gol penyamaan.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi keputusan seri 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Selepas ini skuad negara akan fokus mengharungi Pestabola Merdeka yang bakal berlangsung pada 13 hingga 17 Oktober depan. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Hiburan

0 DILAHIRKAN dalam keluarga seni membolehkan Sara Ali Khan yang juga anak kepada aktor tersohor, Saif Ali Khan dengan mudahnya memasuki dunia hiburan. Namun...

Mamak News

0 Tindakan Murni Abang Kurier Tolong Lindungi Jemuran “Customer” Dari Hujan Dipuji Tindakan murni penghantar barangan dipuji selepas dia didapati membantu melindungi barangan pelanggan...

Sukan

0 BUKIT MERTAJAM – Pelumba Giant Cycling Team, Deng Penghai tetap meneruskan perjuangan pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 Peringkat 4 dari...

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications