Hi, what are you looking for?

Sukan

Harimau Selatan ke pentas final Piala Malaysia


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

JOHOR BAHRU – Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio tekad melengkapkan musim gemilang Harimau Selatan dengan menjulang Piala Malaysia pada Sabtu ini selepas mara ke final dengan menewaskan Sabah FC 3-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelmarin.

Pengendali berusia 54 tahun itu berkata, anak-anak buahnya berdepan laluan sukar untuk menempah slot ke perlawanan akhir setelah pasukan Sabah FC memberikan tentangan hebat pada aksi separuh akhir pertama dengan kemenangan tipis 1-0 sebelum menang secara agregat 4-1.

Bidoglio berkata, kejayaan merangkul trofi Piala Malaysia itu membolehkan JDT membolot semua piala yang ditawarkan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini termasuk Piala Sumbangsih, Piala FA dan kejuaraan Liga Super manakala JDT II pula menjuarai Liga Premier.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya, penting buat anak-anak buahnya memenangi piala tertua itu, sekali gus mengubati kekecewaan kecundang 0-2 kepada Kuala Lumpur City FC pada aksi final musim lalu.

“Memenangi Piala Malaysia adalah penting buat JDT bagi melengkapkan musim gemilang buat pasukan setelah merangkul semua piala yang dipertandingkan dalam Liga M tahun ini.

“Justeru, saya akan memastikan skuad Harimau Selatan me­nempa satu lagi sejarah penting buat kelab untuk menjulang piala berprestij ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini juga akan menjadi medan buat pemain untuk menebus kekecewaan pada musim lalu setelah tewas pada perlawanan akhir. Saya akan pastikan piala ini berada dalam genggaman JDT,” katanya kepada pemberita.

Bidoglio turut memuji barisan pemainnya yang menunjukkan kesungguhan dengan memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri bagi memastikan kemenangan berpihak kepada JDT.

“Ia adalah satu perlawanan sukar dan mereka juga beraksi dengan agresif. Pemain terpaksa bekerja keras untuk menembusi benteng lawan bagi memperoleh dua gol pada babak pertama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Walaupun mereka berjaya merapatkan jurang, pemain tidak terkesan dengan kedudukan itu dan berjaya menangkis kebangkitan lawan,” ujarnya.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KOTA BHARU – Kerajaan negeri berharap kerajaan Persekutuan yang baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) meneruskan...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Hasrat pemain skuasy perseorangan wanita, Aifa Azman untuk mempertahankan gelaran Terbuka Malaysia tidak kesampaian apabila...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Gara-gara terlepas cakap pernah berniat mahu menyembelih orang bukan Islam dalam sebuah ceramah pada 4...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Pelakon jelita Amelia Henderson melahirkan rasa syukur kerana mendapat peluang menceritakan segalanya di mahkamah. Kata...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications