Hi, what are you looking for?

Sukan

Harith resah kemampuan jentera


PELUMBA Tobaki Pink Racing Team, Harith Farhan Baharin mengakui perjalanannya dalam kancah perlumbaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia masih belum cukup sempurna selepas gagal mengutip sebarang mata.

Harith menjelaskan, dia masih bergelut dengan keadaan jentera yang dilihatnya masih belum cukup sempurna untuk bersaing dalam perlumbaan kelas tertinggi Cub Prix CP150.

Bagaimanapun, pelumba kelahiran Terengganu itu berharap mampu bangkit selepas pasukannya menjanjikan jentera terbaik menjelang perlumbaan Pu­singan Ketiga yang membuka tirai di Jasin, Melaka hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Biarpun perlumbaan kini memasuki pusingan ketiga, saya akui jentera kami masih ketinggalan dengan pasukan hadapan. Pasukan juga berjanji akan ada perubahan besar pada jentera Yamaha CP150 dan menggunakan komponen baharu.

“Saya harap menjelang perlumbaan pada hujung minggu ini, saya dapat memberikan prestasi terbaik. Sebenarnya jentera CP150 kami berpotensi untuk pergi lebih jauh, cuma perlu satu lagi perubahan kecil.

“Jika diikutkan perbezaan dengan pelumba kelompok hadapan cuma 0.2 saat tetapi untuk mengejar podium agar sukar terutama cabaran bersaing litar sempit di Jasin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jadi, kita akan tunggu pada hari Sabtu (hari ini) dan lihat bagaimana prestasi jentera. Apa yang saya boleh katakan ketika ini, jika jentera dalam keadaan sempurna, tiada masalah buat saya menjejak kaki ke podium,” katanya.

Dalam pada itu, Harith menjelaskan keadaan perlumbaan di Jasin pasti lebih mencabar terutama keadaan reka bentuk litar yang berbeza dan juga cuaca panas ketika ini.

“Saya difahamkan semua adalah baharu dan pastinya reka bentuk litar juga akan ada perubahan. Saya pasti semua pelumba akan berikan tunggangan terbaik mereka meskipun memerlukan masa untuk sesuaikan dengan keadaan litar tersebut,” tambahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PETALING JAYA – Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew bantu ibu tunggal bertatu di sekitar Jakarta, Indonesia berikutan wanita berkenaan terpaksa menyara anaknya yang...

Sukan

0 MADRID – Penyerang antarabangsa Perancis, Karim Benzema akhirnya sah menyertai kelab juara Liga Arab Saudi, Al Ittihad selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun...

Mamak News

0 ISLAMABAD: Polis Pakistan secara rasmi menamakan bekas Perdana Menteri, Imran Khan sebagai bersubahat dalam satu kes pembunuhan berlaku Selasa lalu.   Imran, 70, didakwa...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Syarikat pengurusan penyanyi Is Izzani, World Peace Entertainment Sdn. Bhd. tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menuduh...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications