Hi, what are you looking for?

Sukan

Harry Kane menyamai rekod Greaves


LONDON – Penyerang England, Harry Kane kini menyamai rekod legenda Tottenham Hotspurs, Jimmy Greaves sebagai penjaring terbanyak kelab itu dengan me­ngumpul 266 gol.

Rekod itu berjaya disamakan selepas meledak gol kemenangan ketika Spurs menewaskan Fulham 1-0 di Craven Cottage, awal pagi semalam dan dia melakukannya dalam 415 penampilan.

Ketika ini, Kane hanya memerlukan satu lagi gol untuk atasi rekod Greaves, selain muncul pemain England ketiga yang me­ngumpul 200 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris, sekali gus menyertai Alan Shearer (260 gol) dan Wayne Rooney (208 gol).

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ia perlawanan yang sukar, namun cukup penting untuk kami meraih tiga mata. Setelah apa yang kami lalui, ia menjadi ming­gu yang sukar buat Spurs, tetapi kemenangan 1-0 dan kekal tanpa bolos jadi keputusan baik untuk kami.

“Kami mahu kembali kepada perkara asas dan cuba mempertahankan gawang adalah benda paling penting jika pasukan ini mahu berada dalam kelompok yang layak ke Liga Juara-Juara.

“Kami perlu hadapi semua kesukaran, namun kemenangan ini jadi petanda yang bagus buat kami,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Greaves hanya memerlukan 376 penampilan untuk mengesahkan namanya sebagai penjaring terbanyak Spurs.

Kejayaan kali ini menghidupkan semula harapan Spurs untuk cuba menamatkan musim di kelompok empat teratas, kini mengumpul 36 mata, hanya dipisahkan tiga mata berbanding Manchester United dan Newcastle United di tempat ketiga serta keempat. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JAKARTA: Perhimpunan Advat Indonesia (Peradi) bekerjasama dengan Majlis Peguam Malaysia dalam usaha memajukan peranan masing-masing di persada antarabangsa. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi...

Hiburan

0 KAJANG – Penyanyi Sissy Imann mengakui menyesal terlampau mengikut emosi sehingga mengambil keputusan menjual album sulung hanya pada harga RM20, sedangkan kos pembikinan...

Mamak News

0 KANGAR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang cedera pada bahagian kepala selepas diserang seorang lelaki dipercayai bermasalah mental di Masjid Alwi,...

Sukan

0 PETALING JAYA – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melaungkan amaran selepas berjaya menewaskan pasukan gergasi Rusia, Lomotiv Moscow 1-0 pada aksi persahabatan sempena...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications