Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Hasil Teknologi AI, Gambar Lucah Remaja Perempuan Disebar Di Media Sosial


Gambar bogel remaja perempuan guna AI disebarkan di media sosial

Hasil Teknologi AI, Gambar Lucah Remaja Perempuan Disebar Di Media Sosial. Kira-kira 20 remaja perempuan Sepanyol mendakwa gambar tidak senonoh mereka telah disebarkan di media sosial dengan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Menurut laporan, mangsa yang berusia 14 tahun itu mendedahkan bahawa gambar dirinya dalam keadaan lucah selepas dihasilkan oleh AI disebarkan di sekitar sekolahnya.

Mangsa berasa malu kerana sudah menjadi topik hangat di sekolah

Dalam pada itu, dia meluahkan rasa malunya kerana perkara tersebut telah menjadi bualan hangat dalam kalangan pelajar di sekolahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Seorang pelajar lelaki datang kepada saya memberitahu dia melihat gambar saya dalam keadaan tidak senonoh,” katanya.

Bukan itu sahaja, difahamkan kira-kira 20 remaja perempuan di bandar Almendralejo melihat gambar bogel mereka tersebar di media sosial yang dihasilkan oleh AI.

Selain itu, ibu mereka dipercayai sudah mengetahui peningkatan jumlah kes selepas menghubungi satu sama lain, malah berkongsi cerita mereka dalam kumpulan WhatsApp.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelaku memuat naik ke laman web lucah berbayar

Sementara itu, polis memberitahu bahawa pelaku memuat naik gambar ke laman web lucah berbayar dan laman lucah membabitkan kenak-kanak bawah umur.

Hasil Teknologi AI, Gambar Lucah Remaja Perempuan Disebar Di Media Sosial
Gambar hiasan. Sumber: google

Difahamkan, laman web syarikat itu mengatakan, aplikasi tersebut boleh menghilangkan gambar pakaian sesiapa sahaja dengan perkhidmatan percuma, namun mereka tidak bertanggungjawab dengan imej yang telah dibuat menggunakan laman itu.

Untuk makluman, di bawah Kanun Jenayah Sepanyol, penjualan, pameran, pengedaran, penyediaan dan pentadbiran memaklumkan bahawa Canal Extremadura, imej yang dijana AI termasuk di bawah undang-undang itu.

Memetik sumber, tujuh orang telah membuat laporan dengan pihak polis. Selain itu, Pejabat Pendakwa Juvana tempatan kini memulakan siasatan dan mengenal pasti beberapa orang yang didakwa melakukan perbuatan keji itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Lifestyle

0 Lagi menu sarapan ‘lejen’ di Kuching Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu ‘Breakfast’ Kegemaran Penduduk Tempatan. Hari ini, kami akan...

Mamak News

0 Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali Sejak bulan Julai yang lalu, penduduk di pekan Vastogirardi, Itali mengalami masalah tayar pancit...

Mamak News

0 Dua Petani Maut Disambar Petir Ketika Berteduh Di Pond Dua orang petani maut disambar petir ketika sedang berteduh di pond berhampiran sebidang sawah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications