Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Hasrat Kelantan FC tak mudah


SKUAD Kelantan FC tidak diberikan slot ‘automatik’ untuk bersaing dalam kancah semi-pro, Liga M3 pada musim ini selepas disingkirkan daripada kempen Liga Super kerana gagal meraih lesen kebangsaan.

Ketua Pegawai Eksekutif AFL, Mohd. Raimi Fakri Mohd. Fuad berkata, skuad The Red Warriors masih boleh melakukan permohonan untuk bersaing, tetapi keutamaan diberikan kepada kelab-kelab Liga M3 yang bersaing musim lepas.

“Kami sedia maklum keinginan Kelantan FC untuk bermain dalam kancah Liga M3. Malah, pihak pengurusan juga sudah menerima pertanyaan mengenai cara-cara untuk menyertai Liga M3.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jika mereka mahu, mungkin boleh hantarkan permohonan untuk dokumentasi, tetapi harus diakui ia bukan automatik.

“Ini kerana kalau ikutkan kriteria, sama sahaja seperti sebelum ini, tetapi pada musim 2024 ini kita utamakan pasukan sedia ada yang mana 12 pasukan yang sertai pada tahun lalu,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Raimi menjangkakan saingan Liga M3 dijangka akan disertai sebanyak 14 pasukan dengan dua kelab lagi dinaikkan pangkat daripada pentas Liga M4 (Piala Al-Ikhsan) musim lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dua pasukan yang dinaikkan pangkat daripada Piala Al-Ikhsan turut ditawarkan beraksi di pentas Liga M3, cuma, jika ada kelab yang menarik diri mungkin kita akan buka peluang kepada pasukan-pasukan lain seperti Kelantan FC,” katanya kepada Kosmo!.

Sebelum ini, pemilik The Red Warriors, Norizam Tukiman atau lebih mesra dengan panggilan Zamsaham memberi bayangan pasukan akan bermain dalam saingan Liga M3 bagi musim depan.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement