Hi, what are you looking for?

Hiburan

Hasrat tercapai, Stacy selamat lahir bayi lelaki


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA – Impian pasangan penyanyi, Akim Ahmad dan Stacy untuk menimang seorang anak lelaki dalam rumah tangga mereka akhirnya tercapai apabila Stacy selamat melahirkan anak kedua mereka pagi tadi.

Berita gembira tersebut dikongsikan Akim menurusi hantaran dalam Instagram sebentar tadi.

“Segala pujian selayaknya untukmu ya Allah, pukul 10.19 pagi, 6 Ogos 2022 bersamaan 8 Muharam 1444 Hijrah, isteriku tercinta, Stacy Anam telah selamat melahirkan anak lelaki kami.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Alhamdulillah, terima kasih wahai isteri. Terima kasih Tuhanku,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis mengucapkan tahniah dan syukur atas kelahiran putera sulung mereka itu.

“Tahniah Akim dan Stacy. Dapat juga anak lelaki seperti yang kamu berdua mahukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Syukur alhamdulillah atas kurniaan Allah ini. Semoga membesar dengan sihat dan bahagiakan kedua ibu bapa,” komen pengikut.

Terdahulu, spekulasi kehamilan Stacy terjawab apabila penyanyi itu membuat pengesahan sedang berbadan dua pada Mei lalu.

Ketika itu, kandungan Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 32, sudah mencecah usia tujuh bulan dan dijangka bersalin awal Ogos.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga di Kota Kinabalu, Sabah pada 2016.

Hasil perkahwinan dengan Akim, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Eshaal yang kini berusia lima tahun. Terdahulu, Stacy turut mempunyai seorang anak angkat, Bella Valentina yang dibela sejak sebelum berkahwin. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PHNOM PENH: Menteri Luar Kemboja hari ini menyatakan bl ASEAN memutuskan Myanmar akan terus disekat daripada menghadiri semua...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JOHOR BAHRU – Gejala samseng jalanan atau lebih dikenali sebagai mat rempit yang masih berleluasa ketika ini bukan...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PENDATANG baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), Nottingham Forest hadir dengan semangat jitu untuk memberikan cabaran terbaik selepas 23...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yakin mampu mencapai RM15 bilion dalam peningkatan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications