Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Lifestyle

Hati-Hati Memilih Syarikat Pelancongan, MOTAC Dedah Senarai Agensi Yang Tidak Berlesen


Hati-hati dengan tawaran pakej pelancongan yang murah

Hati-Hati Memilih Syarikat Pelancongan, MOTAC Dedah Senarai Agensi Yang Tidak Berlesen. Setiap tahun, seringkali kita dengar kes dan berita berkenaan dengan penipuan pakej pelancongan. Kasihan dekat orang yang sudah susah payah untuk kumpul duit, tapi akhirnya terjerat dengan scammer agensi.

Hal sebegini pasti membuatkan timbulnya rasa takut untuk menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan kerana tidak mahu diri ditipu.

| Kampungmamakcom Hati hati Memilih Syarikat Pelancongan Motac Dedah Senarai Agensi Yang Tidak Berlesen
Hati Hati Memilih Syarikat Pelancongan MOTAC Dedah Senarai Agensi Yang Tidak Berlesen

Semak dahulu latar belakang mana-mana agensi yang anda pilih

Terbaharu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah berkongsi 15 nama agensi pelancongan yang didapati tidak memiliki lesen sah sekaligus telah melanggar akta Industri Pelancongan 1992.

Senarai tersebut telah dikemaskini pada 26 Januari 2023. Berikut adalah nama-nama agensi pelancongan yang patut anda elakkan untuk berurusan:

Advertisement. Scroll to continue reading.
  1. ABIR CONCEPT HOLIDAYS SDN BHD
  2. AL MUNAWWARAH AGENCY TRAVEL & SERVICES SDN BHD
  3. ANITHA SAI TOUR
  4. AR RAYYAN HIJRAH GLOBAL SDN BHD
  5. AS SHURAIM TRAVEL & TOURS SDN BHD
  6. BIGSUMO TOUR & TRAVEL
  7. HIDDAN TRAVEL SDN. BHD.
  8. IMPIAN TERBANG RESOURCES
  9. MAYAVINPAYANAM
  10. MEGA WIRA AGENCY SDN BHD
  11. OOH CUTI
  12. PRIYA TRAVEL & TOURS SDN BHD
  13. SABAH TRIP HOLIDAYS
  14. SALAM HAJI TRAVEL & TOURS SDN BHD
  15. SHIVA TOURISM
| Kampungmamakcom Hati hati Memilih Syarikat Pelancongan Motac Dedah Senarai Agensi Yang Tidak Berlesen

Ketahui modus operandi sindiket penipuan pelancongan

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia turut mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan sindiket penipuan yang menawarkan harga pakej pelancongan murah.

Antara modus operandi yang digunakan oleh sindiket penipuan adalah seperti berikut:

  • Penipu menawarkan pakej percutian yang sangat murah dan menarik
  • Mangsa teruja dengan pakej yang ditawarkan
  • Penipu memberitahu mangsa untuk memindahkan wang dengan kadar segera bagi mengelakkan pakej “sold-out”.
  • Penipu mengelak daripada dihubungi mangsa setelah transaksi pembayaran dilaksanakan.
| Kampungmamakcom Hati hati Memilih Syarikat Pelancongan Motac Dedah Senarai Agensi Yang Tidak Berlesen

Untuk mengambil langkah berjaga-jaga, anda harus semak latar belakang agensi-agensi yang anda ingin berurusan di laman web rasmi MOTAC. Semak agensi pelancongan berdaftar di sini.

Seperti contoh anda letakkan nama syarikat di ruangan yang disediakan kemudian tekan ‘cari’. Jika terdapat nama agensi tersebut, maka ianya adalah dipercayai dan mempunyai lesen yang sah dan berdaftar di bawah MOTAC.

| Kampungmamakcom Hati hati Memilih Syarikat Pelancongan Motac Dedah Senarai Agensi Yang Tidak Berlesen

Pastikan anda menyemak dahulu agensi pelancongan untuk mengelakkan daripada ditipu.

Ketahui juga senarai IG Shop scammer yang masih aktif hingga kini. Baca pautan di bawah:

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon, Elly Arifin memberi amaran kepada individu biadab agar menghentikan perbuatan jijik mengirimkan gambar alat sulit atau berdepan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel mendedahkan seorang peminat kerugian sejumlah wang selepas diperdayakan penipu (scammer) yang menyamar menggunakan identitinya. Kata...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Selepas mengunci mulut berhubung kisah pernikahan senyap-senyap anaknya, Marissa Dania Hakim di Songkla, Thailand, pelakon Abby Abadi tampil menafikan kenyataan...

Sukan

3s PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tidak bimbang dengan prestasi jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang biarpun keadaan kesihatan bekas...

Advertisement