Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Helikopter dinaiki Anwar semasa PRU15, rupanya milik seorang jutawan


PETALING JAYA – Helikopter yang pernah dinaiki oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, dimiliki seorang jutawan berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Jutawan tersebut yang juga pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS), Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim, telah meminjamkan salah satu helikopternya bagi memudahkan urusan Anwar untuk berkempen ke serata pelosok negara.

Di dalam satu ciapan yang di muat naik oleh akaun Twitter @faktabukanauta, telah meraih perhatian netizen apabila Syed Azman dikhabarkan memiliki 4 jet dan lebih 40 biji helikopter.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di ruangan komen, orang ramai yang berasal dari Sungai Petani dan yang bekerja di syarikatnya, memuji Syed Azman kerana sikapnya yang sangat merendah diri walaupun bergelar jutawan.

“Tan Sri biasa balik Sungai Petani naik bas ekspres biasa sahaja dari Kuala Lumpur. Orang Sungai Petani kenal lah, merendah diri sungguh dia ini,” ciap seorang netizen.

“Tan Sri bukan seperti bilionair kaya yang lain. Dia sangat merendah diri dan mudah didekati. Pernah bertemu beberapa kali ketika dia turun ke pangkalan kami.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dia mendengar aduan dan cadangan kakitangannya serta bertindak dengan segera. Saya bersyukur menjadi sebahagian daripada syarikat ini,” ciap seorang netizen, dipercayai seorang pekerja kepada Syed Azman.

Menurut Forbes, tahun ini, Syed Azman menduduki tangga ke-27, dengan nilai bersih pendapatan berjumlah USD650 juta atau bersamaan RM2.85 bilion. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement