Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Henti Komen Kes Kematian Zayn Rayyan – Polis Selangor


Polis minta netizen hentikan komen

Henti Komen Kes Kematian Zayn Rayyan – Polis Selangor

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Polis menasihatkan orang orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemukan meninggal dunia di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selasa lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ini susulan pihaknya mengesan beberapa komen dan hantaran tidak sesuai di aplikasi TikTok berhubung siasatan kes itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kes ini masih dalam siasatan jenayah oleh pihak polis dan komen-komen seperti ini bukan sahaja mewujudkan kegusaran kepada orang ramai, tetapi juga mengganggu emosi keluarga yang dalam kesedihan di atas kehilangan anak yang disayangi.

“Kita minta orang ramai memberi ruang kepada pihak polis untuk melengkapkan siasatan dan mengesan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak semalam tular tangkap layar yang dimuat naik di laman TikTok memaparkan mengenai keadaan mayat Zayn Rayyan ketika ditemukan kumpulan penduduk yang membantu operasi mencarinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas dilaporkan hilang tengah hari Selasa lepas di Damansara Damai, kanak-kanak berumur enam tahun itu ditemukan maut dalam aliran anak sungai berhampiran kediamannya pada keesokkan hari, kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Selepas proses bedah siasat dilakukan di Hospital Sungai Buloh semalam, kematian Zayn Rayyan  disiasat sebagai kes bunuh.

BACA: “Dia Tak Pernah Kacau Orang,” Pengasuh Sifatkan Zayn Rayyan Anak Yang Baik

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

The post Henti Komen Kes Kematian Zayn Rayyan – Polis Selangor appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement