Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

“Hentikan polemik isu BAM-Zii Jia” – Ahmad Faizal


Ahmad Faizal bertemu Zii Jia petang Isnin. Foto: Bernama

MENTERI Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap agar semua pihak dapat menghentikan polemik atau andaian negatif dalam isu berkaitan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Lee Zii Jia.

Beliau yang mengadakan pertemuan dengan pemain perseorangan lelaki nombor satu negara itu petang Isnin turut berharap agar kedua-dua pihak dapat mencari kata sepakat bagi memastikan imej Malaysia dalam sukan badminton dapat terus tersohor di peringkat dunia.

“Saya telah berpeluang untuk berjumpa dengan Zii Jia secara santai, tapi telah bincang tentang hasrat dan permasalahan beliau. Saya dimaklumkan esok (Selasa) beliau akan berjumpa dengan kepimpinan BAM dan mereka akan bincang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya harap perjumpaan esok dapat merungkai permasalahan yang kita sama-sama hadapi ini. Saya harap Zii Jia dapat berehat sewaktu Tahun Baharu Cina ini bersama keluarga,” kata Ahmad Faizal menerusi satu klip video yang dikongsikan dengan Bernama.

| Kampungmamakcom

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan Zii Jia dan Goh Jin Wei selama sejam di ibu negara pada kira-kira pukul 5 petang Isnin.

Ahmad Faizal turut berkongsi gambar pertemuan dengan Zii Jia dan Jin Wei di laman sosialnya, dan berkata semangat serta komitmen Zii Jia terhadap sukan badminton negara masih teguh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selagi mana kita semua senada dalam mengutamakan kepentingan negara, kita boleh bergerak maju ke hadapan,” menurut catatan di Facebooknya.

Jumaat lalu, Timbalan Presiden BAM Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos mengumumkan BAM tidak akan mendaftarkan Zii Jia untuk mana-mana kejohanan antarabangsa bagi tempoh dua tahun bermula 18 Januari ini.

Ia berikutan keputusan juara All England itu yang menghantar surat untuk keluar daripada BAM pada 11 Januari lepas, agar beliau dapat bergerak sebagai pemain profesional, dengan alasan tidak dapat menahan tekanan dan ‘regimented lifestyle’ di BAM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement