Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Hidangan Untuk Minum Petang, Ini Resipi Kek Pisang


Hidangan Untuk Minum Petang, Ini Resipi Kek Pisang

Pada waktu pagi, anda mesti akan bersarapan, kemudian anda akan menikmati makan tengah hari pula. Bagaimana pula pada waktu petang? Adakah anda semua akan minum petang bersama keluarga? Mungkin ada yang minum petang, ada juga yang tidak. Kadang-kadang tak semua orang akan menikmati minum petang, lebih-lebih lagi sekiranya anda bekerja.

Tetapi, pada hari minggu ataupun ketika anda off day anda bolehlah menikmati minum petang, kan? Kalau bukan bersama keluarga, bersama rakan-rakan atau bersendirian pun boleh. Asalkan anda ada juadah untuk dijamah pada waktu itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bercakap mengenai juadah, kalau waktu petang yang sejuk disebabkan hujan, mesti sedap kalau kita makan kek pisang, kan? Terutama sekali kek pisang yang masih panas. Kalau nak kek pisang yang panas, anda kenalah buat sendiri.

Mari ikuti resipi kek pisang yang mudah ini. Bolehlah anda cuba di rumah!

Bahan-Bahan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk resipi kek pisang ini, seperti namanya, anda akan memerlukan pisang untuk membuatnya. Anda juga perlukan empat butir telur, minyak masak, gula, esen vanila, garam dan tepung naik sendiri.

Anda boleh menggunakan pisang bersaiz biasa untuk resipi ini, serta telur gred B. Anda juga perlu menggunakan cawan penyukat untuk sukat bahan-bahan.

Sukatan bagi minyak masak dan gula ialah satu cawan. Manakala esen vanila pula hanya satu penutup kecil sahaja. Tepung naik sendiri pula satu setengah cawan dan anda hanya memerlukan satu sudu kecil garam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cara-Cara Membuat

Mula-mula, anda kupas kulit pisang terlebih dahulu sebelum memasukkannya ke dalam bekas. Lenyekkan pisang sehingga hancur dan masukkan telur. Masukkan pula gula pasir dan esen vanila. Kemudian, gaulkan semuanya sehingga sebati.

Setelah adunan digaul, masukkan tepung naik sendiri dan juga garam. Gaulkan sekali lagi sehingga sekata. Selepas itu, tuangkan adunan ke dalam bekas yang boleh dibakar di dalam ketuhar. Pastikan bekas anda dialas dengan parchment paper. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum anda bakar kek, panaskan ketuhar terlebih dahulu dengan suhu 150 darjah celsius selama lima minit. Apabila ketuhar telah dipanaskan, barulah anda bakar adunan kek pisang dengan suhu 180 darjah celsius selama 40 hingga 50 minit.

Selesai membakar, keluarkan kek dari dalam ketuhar dan potong kek itu untuk dihidang. Kalau waktu petang terasa sejuk, anda bolehlah makan kek pisang itu panas-panas. Kalau tak, boleh saja anda sejukkannya dulu. Hidangkan kek pisang bersama air panas, barulah best!

Selamat mencuba resipi kek pisang ini!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Che Sayang Kitchen

BACA JUGA: Cara Tenangkan Diri Ketika ‘Panic Attack’

The post Hidangan Untuk Minum Petang, Ini Resipi Kek Pisang appeared first on Siakap Keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Kali terakhir dilihat di Sungai Maong, Kuching Pemilik Dakwa Boleh Bergerak Laju, Kura-Kura Gergasi Melarikan Diri Di Kuching. Individu ini muat naik iklan...

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications