Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Hidung berdarah 4 jam tanpa henti lepas menangis – Elizabeth Tan


PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan berkongsi detik cemas apabila mengalami pendarahan hidung tanpa henti, baru-baru ini.

Kata selebriti berusia 30 tahun itu, insiden berkenaan berlaku selepas dia menangis kerana perkara yang enggan dikongsikan kepada umum.

“Hidung saya berdarah tanpa henti sampai empat jam dua hari lepas tapi saya pun tak pasti kenapa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebelum berdarah, saya menangis hanya disebabkan perkara bodoh dan kemudian kejadian ini (hidung berdarah) berlaku,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram Story.

Penyanyi Police Entry itu tidak ketinggalan memuat naik beberapa gambar serta video yang menunjukkan pendarahan dialaminya.

Elizabeth atau mesra disapa Lizzy itu mengakui pada awalnya dia enggan mendedahkan keadaan itu tetapi berbuat demikian sebagai perkongsian maklumat.

Katanya lagi, dia belum bertemu pakar bagi mengetahui punca, namun lebih dahulu mendapat bantuan suaminya, Dr. Siew Jim yang juga seorang doktor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Macam-macam cara saya buat. Letak ais dan tekan kuat-kuat, tapi tetap tak jalan. Mujur ada doktor ini (suami) di rumah ketika itu. Kalau tak, memang panik.

“Tak pasti nak pergi periksa pakar ENT (telinga hidung dan tekak) atau pun tidak,” ujarnya.

Dua tahun lalu, Elizabeth mendedahkan menderita penyakit autoimun sejak kecil yang memberikan tekanan kerana masalah tersebut mencetuskan keguguran rambut kritikal iaitu Alopecia serta kulit bercapuk. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement