Hi, what are you looking for?

Mamak News

Hilang Di Kuala Tahan, Blogger ‘Mat Salleh Cari Makan’ Rhys William Ditemui Selamat


Blogger dan ‘pemburu’ makanan warga Britain terkenal, Rhys William yang dilaporkan hilang beserta empat anggota keluarganya pada 27 September lepas ditemui selamat di Kuala Tahan, Pahang, lapor Awani.

Menurut Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Mazlan Hassan, pada asalnya Rhys bersama empat anggota keluarganya melancong ke Kuala Tahan dan menginap di sebuah resort di sana pada 25 September.

Difahamkan, Rhys atau nama sebenarnya Rhys William James Woodfield yang terkenal dengan ayat ‘Mat Saleh cari makan’ bersama keempat-empat berkenaan sepatutnya pulang semula ke ibu negara pada petang semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, isterinya Haigbrown Woodfield memaklumkan bahawa Rhys tidak dapat dihubungi dan bimbang akan keselamatan mereka di hutan tekad membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut pada 1.30 pagi tadi.

“Turut serta melancong bersama mereka ke Kuala Tahan, iaitu bapa mertuanya, James Woodfield, 62, dan ibu mertuanya Rachel Anne Woodfield, 60.

“Pada 27 September, kira-kira jam 11.30 pagi, mangsa bersama empat orang ahli keluarganya telah keluar daripada kawasan hutan hujan tropika itu dan sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur tetapi tidak dapat dihubungi oleh isteri mangsa,” katanya memetik Awani.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lokasi terakhir di Ulu Tembeling

Menurut Haigbrown seperti yang dimaklumkan Mazlan, kawasan Hutan Kampung Pagi di Ulu Tembeling adalah lokasi terakhir Rhys sebelum dicurigai hilang dan tidak dapat dihubungi.

“Setelah menerima maklumat, pihak polis terus bertindak segera dengan melakukan pencarian di Kampung Pagi melibatkan pengusaha Eco Rimba Taman Negara Kuala Tahan dan anggota Pondok Polis Kuala Tahan dari Kuala Tahan ke Kampung Pagi Pada jam 2.30 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Manakala anggota Pondok Polis Kampung Bantal membuat rondaan dari Kampung Bantal ke Kampung Pagi pada jam 2.35 pagi,” ujarnya semasa menerangkan mengenai kejadian.

Sehubungan itu pada jam 8 pagi semalam operasi mencari dan penyelamat (SAR) dimulakan bersama agensi-agensi lain, selain pusat operasi pencarian turut dibuka pada jam 10 pagi di Balai Raya Kampung Pagi.

“Operasi diteruskan, kesemua mangsa hilang ditemui dalam keadaan selamat di Kawasan Sungai Relok, Kampung Pagi, Ulu Tembeling Jerantut pada jam 1.10 tengahari semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semua mangsa dibawa untuk pemeriksaan kesihatan di Klinik Kuala Tahan,” kata Mazlan.

Di kesempatan itu, Mazlan mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung dan agensi yang terlibat dalam pencarian Rhys.

Beliau turut menasihatkan pelancong supaya menggunakan khidmat yang disediakan seperti pemandu pelancong bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Awani

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement