Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Hilang gugup menyanyi berduet di pentas AJL – Khai Bahar


PETALING JAYA – Penyanyi Khai Bahar mengakui bergandingan dengan teman seperjuangan secara duet di pentas mega seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) mampu mengelakkannya berdepan serangan panik.

Kata pemilik nama lengkap Muhammad Khairul Baharuddin itu, bagi edisi ke-38 pada 3 Mac ini, gandingan bersama Nabila Razali membawakan lagu Selagi Ku Ada diyakini mampu menggandakan semangat ketika beraksi nanti.

“Sejujurnya saya lebih suka berduet berbanding tampil solo terutama di pentas besar seperti AJL 38 kerana masih berdepan masalah serangan panik biarpun punya pengalaman berada dalam pertandingan.

“Apabila beraksi dengan pasangan duet saya dapat berinteraksi dan secara tidak langsung perasaan gugup yang tercetus tiba-tiba hilang,” katanya ketika ditemui pada Sesi Meet & Greet AJL Paling Ikonik di Pasar Seni, baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berkongsi persediaan dengan Nabila, Khai berkata, mereka cuba menampilkan persembahan sempurna yang dapat meninggalkan memori manis buat penonton.

“Persaingan memang hebat belaka, tapi siapa tak nak menang dan kali ini kami memberikan fokus terhadap elemen penting dalam persembahan terbaik.

“Saya yakin Nabila juga akan berikan sehabis baik pada malam tersebut, bahkan saya tak risau soal vokal kerana dia menunjukkan peningkatan yang sangat baik,” ujarnya.

Mengenai persiapan ke pentas final pertandingan itu, katanya dia bersyukur mempunyai pasukan mantap apabila kini sudah melepasi fasa menyiapkan susunan muzik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebaik proses susunan muzik lagu ciptaan Amylea Azizan itu selesai saya dan Nabila memulakan sesi latihan vokal serta memperkemas beberapa aspek persembahan.

“Tempoh ke malam kemuncak juga ikutkan hanya sekitar dua minggu lagi, namun saya yakin kami dapat menyempurnakan setiap elemen dalam persembahan.

Sementara itu, Khai mengakui masih dengan pemergian bonda tercinta Allahyarham Rosnah Muhammad awal bulan lalu namun pesanan arwah menjadi penyuntik semangat buatnya.

“Alhamdulillah emosi saya kini bertambah stabil walaupun perasaan sakit kehilangan arwah mak, awal bulan lalu masih bersisa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sokongan keluarga, rakan dan peminat turut membuatkan saya lebih semangat membuat persediaan dan bagi yang terbaik.

“Arwah pun selalu pesan, biar apa pun terjadi saya kena teruskan karier malah apabila tahu saya ke AJL38, mak titipkan pesan minta saya bersungguh-sungguh,” katanya.

Lagu lain yang bertanding pada AJL38 di Axiata Arena Bukit Jalil nanti ialah Hasrat, Jangan Mati Rasa Itu, Kalam, Darah, Sutera, Astana, Waktu, Inilah Jalannya, Kucuma, Santai dan Bintang. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement