Hi, what are you looking for?

Mamak News

Hilang kepercayaan punca 600 ahli Warisan Perak keluar parti


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

IPOH – Kira-kira 600 ahli Parti Warisan (Warisan) daripada lapan bahagian di negeri ini mengisytiharkan keluar parti hari ini selepas mendakwa hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan.

Kesemua mereka terdiri daripada ahli Warisan Bahagian Parit Buntar, Bagan Serai, Larut, Kuala Kangsar, Sungai Siput Beruas, Batu Gajah dan Teluk Intan.

Menurut Murad Abdullah yang sebelum ini penyelaras Warisan Bahagian Beruas, tindakan itu diambil selepas mendapati parti berkenaan bukan sahaja tiada hala tuju jelas malah dilihat tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah katanya, tindakan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal melantik ‘orang luar’ sebagai pengerusi Warisan negeri telah membangkitkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli.

“Tindakan presiden itu menunjukkan seolah-olah ahli-ahli Warisan di Perak tidak berkelayakan untuk memegang jawatan tersebut sedangkan pengerusi sedia ada pun tidak mempunyai asas politik yang kukuh untuk menyakinkan kami yang dia layak menggalas tanggungjawab itu.

“Kami sama sekali tidak menolak orang luar dari Perak untuk dilantik ke jawatan itu, namun biarlah mereka merupakan tokoh daripada kepimpinan pusat atau lain-lain jawatan utama dalam parti,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KOTA BHARU – Seorang wanita dicekup selepas dipercayai membawa sebanyak 14 ekor anjing seludup yang dianggarkan bernilai RM112,000...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Kejayaan pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom merangkul pingat gangsa dalam acara Keirin...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – “Anna Jobling ialah simbol wanita yang melakukan banyak aktiviti harian dan sentiasa kekal aktif”. Demikian...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BANGKOK: Akibat desakan hidup, seorang warga emas berusia 60 tahun sengaja mencuri tiga buku sabun dengan harapan ditangkap...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications