Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Hilang suara, pita vokal bermasalah, Jaclyn tak putus asa


PETALING JAYA – Penyanyi Jaclyn Victor berdepan masalah Laryngitis atau keradangan tekak yang mengakibatkannya hilang suara sejak malam tadi.

Pengurusnya, Zulaikha yang bertindak sebagai jurucakap berkata, gangguan yang turut menyerang pita vokal membuatkan Jaclyn berdebar menjelang persembahan minggu kesembilan pentas All Stars Gegar Vaganza (GV10), Ahad ini.

“Tekaknya mula sakit sejak Selasa miggu lalu sehingga terpaksa berjumpa doktor sebelum dapat meneruskan persembahan konsert minggu kelapan GV10.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semalam suaranya semakin tak jelas ketika menghubungi saya untuk memaklumkan susah nak bercakap.

“Doktor minta dia berehat serta jangan memaksa diri bercakap kerana boleh memburukkan lagi keadaan,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online.

Penyanyi lagu Gemilang yang ditemui di sebuah hotel di ibu kota mengakui terpaksa menggunakan aplikasi WhatsApp atau nota dalam telefon bimbit untuk berkomunikasi.

Menjawab pertanyaan media mengenai keadaannya, Jaclyn hanya menunjukkan teks yang ditaip pada skrin telefon menyatakan kebimbangan menjelang minggu sembilan GV10.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Begitupun, Jac menegaskan dia tidak sesekali berputus asa atau menarik diri daripada pertandingan itu meski sukar menjangka sebarang kemungkinan dan tidak pasti berapa lama untuk kembali sembuh.

“Persembahan Ahad ini kena teruskan. Takkan tarik diri,” ujar penyanyi berusia 44 tahun itu.

Sementara itu, Zulaikha berkata, mereka sedang mencari rawatan terbaik bagi memulihkan vokal Jaclyn atau mesra disapa Jac dengan kadar segera.

“Ikutkan doktor maklumkan dia tak boleh menyanyi atau membuat persembahan dalam tempoh terdekat kerana kondisinya agak membimbangkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Minggu ini pun Jac ada dua persembahan, kita tak dapat jangka apa yang berlaku nanti. Mungkin akan dapatkan suntikan, tengok macam mana.

“Kiranya ini situasi paling teruk sepanjang saya menguruskan kerjaya nyanyian Jac,” ulasnya lagi.

Menurut Zulaikha, masalah membabitkan pita suara itu dipercayai berpunca daripada kurang rehat sejak menyertai program realiti GV10.

Ahad ini Jaclyn bakal menyampaikan lagu popular All I Ask nyanyian asal Adele di pentas GV10. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Sukan

0 KEADAAN padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini tidak banyak berubah menjelang sepak mula aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications