Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Himpunan Selamatkan Malaysia: Polis akan panggil mana-mana individu untuk disiasat


KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil sesiapa sahaja sesiapa sahaja yang dipercayai mampu membantu siasatan berhubung Himpunan Selamatkan Malaysia yang diadakan di hadapan pusat membeli-belah di ibu negara, hari ini.

Tindakan tersebut dibuat selepas himpunan berkenaan diklasifikasi sebagai tidak patuh Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, himpunan itu bermula pada pukul 1.15 petang di Masjid Jamek, Kampung Baru, di sini kemudian berakhir pada pukul 3.30 di hadapan Kompleks beli-belah Sogo, di sini, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, terdapat 16 individu berucap di ketika berkumpul di hadapan kompleks beli-belah bagaimanapun tiada insiden kekecohan yang tidak diingini berlaku.

“Saya menekankan perkara ini dan pihak polis sebagai penguat kuasa undang-undang. Jadi kita berpandukan undang-undang iaitu APA 2012 yang menggariskan perkara yang perlu dipatuhi oleh polis dan penganjur khususnya Seksyen 9, 10 dan 11.

“Mengikut Seksyen 9, penganjur perlu berikan pemakluman dan ia ditetapkan dalam akta terbabit,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut, Allaudeen memaklumkan dalam borang pemakluman yang perlu diisi penganjur harus menyatakan kebenaran pemilik tanah dan sebagainya dan perlu disertakan kebenaran terbabit.

“Polis memainkan peranan seperti memberi maklum balas selain mendapatkan pandangan penduduk dan pemilik harta sebelum program terbabit dilaksanakan.

“Buat masa ini perhimpunan ini tidak patuh akta dan kita akan lihat kembali apa tindakan susulan yang wajar kita ambil,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelas Allaudeen, dianggarkan seramai 800 hingga 850 peserta hadir dalam himpunan terbabit.

“Kita akan panggil sesiapa sahaja yang boleh membantu dalam siasatan dan bukan tertakluk kepada 16 orang yang berucap di himpunan terbabit sahaja,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan ada menerima satu laporan polis semasa himpunan terbabit dan akan diklasifikasi selepas meneliti laporan itu. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JASIN – Sebanyak 9,000 kampit beras putih pek 10 kilogram (kg) akan dijual pada harga RM26 di program khas jualan terbuka di semua...

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Sukan

0 PETALING JAYA – Gimnas negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam mencipta kejutan apabila membawa pulang pingat gimnastik artistik Sukan Asia Hangzhou menerusi disiplin melombol...

Mamak News

0 Kebakaran Tahfiz: Pemuda Rayu Ke Mahkamah Persekutuan Terhadap Sabitan Bunuh PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications