Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Hisap Vape Sampai Kena Tebuk Dada Akibat Masalah Paru-Paru, Pemuda Ini Mahu Kisahnya Jadi Iktibar


Hampir setiap hari, ada saja artikel mengenai keburukan merokok dan menghisap vape yang dikongsikan oleh doktor dan pakar kesihatan di akhbar dan media sosial.

Kerajaan, agamawan, guru-guru, ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan juga kini lebih berusaha memainkan peranan masing-masing bagi membantu mereka yang masih sukar untuk meninggalkan tabiat buruk ini.

Malah bekas pesakit yang pernah menderita akibatnya juga kini turut sama-sama ingin membantu bagi menyedarkan orang ramai mengenai bahaya dan kesan buruk menghisap vape.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Salah seorang darinya ialah seorang pengguna Facebook, Faris Ifwat Mohamad Fauzi yang menceritakan pengalamannya yang hampir maut akibat masalah paru-paru yang juga dikenali sebagai spontaneous pneumothorax.

Kisah yang dikongsikan melalui hantaran Facebooknya ini diharap dapat menginsafkan serta membangkitkan lagi kesedaran di kalangan rakyat Malaysia mengenai bahaya dan kesan buruk akibat ketagihan vape dan rokok.

Semoga Faris cepat sembuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Hisap Vape

Assalamualaikum. Alhamdulillah semalam saya telah pun discaj dari hospital setelah hampir seminggu ditahan di wad kerana sesak nafas atau masalah paru-paru yang dipanggil spontaneous pneumothorax akibat daripada vaping dan smoking.

Iaitu komplikasi di mana udara masuk ke rongga paru-paru menyebabkan paru-paru tak dapat mengembang. Situasi ini menyebabkan paru-paru sebelah kanan saya dihimpit oleh udara yang terperangkap dan seterusnya menjadi kecut.

Jadi setelah dibincangkan, doktor memberitahu saya untuk terus menebuk di bahagian kanan dada dengan segera dan meletakkan chest tube untuk mengeluarkan udara bagi membolehkan paru-paru bahagian kanan saya berfungsi dengan baik. Jika lambat tebuk kemungkinan paru-paru saya akan berhenti dan boleh menyebabkan kematian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Alhamdulillah selepas lebih 72 jam memakai chest tube, udara yang terperangkap dapat dikeluarkan. Dan chest tube ini terus ditanggalkan pada hari ke 4.

Sekarang paru-paru saya masih lemah dan memerlukan latihan bagi menguatkan balik paru-paru saya seperti biasa.

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri saya, ahli keluarga saya, keluarga mertua saya, saudara mara saya, doktor-doktor, jururawat dan semua staff Hospital Teluk Intan dan rakan-rakan sahabat yang mendoakan kesihatan saya dan menolong dari segi mental dan fizikal dan menziarahi saya semasa terlantar di hospital.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Doakan saya agar pulih sepenuhnya dan doakan hati saya kental dapat mengharungi hari-hari tanpa vape dan rokok (pening nak demam semua ada yelah terpaksa berhenti mengejut).

🚫🚭 Untuk kawan-kawanku beringatlah sesama kita betapa bahayanya benda alah ni. Dulu saya seperti anda semua tak percaya. Bila dah kena kat diri sendiri baru ada akai orang cakap 😂.

⚠️⚠️ Untuk kawan-kawan yang bertanya rasa sakit macam mana bila mula-mula kena. Rasa sakit dia rasa macam susah nak bernafas, nafas jadi pendek dan tercungap-cungap, macam ada sesuatu menghalang saluran pernafasan dan pergerakan juga terbatas. Rasa sakit dia hanya Allah saja yang tahu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekian dari saya Mohamad Faris Ifwat. Check in Hospital Teluk Intan 21-26/7/22. Assalam.

Sumber: Facebook Faris Ifwat Mohamad Fauzi

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Doakan segalanya dipermudahkan.” Demikian permintaan usahawan selebriti, Datuk Aliff Syukri yang memohon orang ramai mendoakan keselamatan anak bongsunya yang cedera...

Sukan

3s LONDON – Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino menyeru agar barisan pemain waspada dengan ancaman yang boleh diberikan Crystal Palace menjelang aksi Liga Perdana Inggeris...

Sukan

3s LONDON – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta tetap menghomati rakan sejawatnya di West Ham United, David Moyes ketika kedua-dua pasukan akan buat perhitungan di...

Advertisement