Hormat Pemain Muslim, Liverpool Buang Logo Carlsberg Dalam Poster Mohamed Salah
Liverpool FC sekali lagi menambat hati penyokong Muslim selepas membuat keputusan tidak menyertakan logo penaja terbesar, Carlsberg dalam poster pengiktirafan Mohamed Salah sebagai pemain terbaik perlawanan menentang Wolves.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Liverpool, poster yang berwarna hijau itu mempamerkan gambar Salah dengan tajuk ‘Player Of The Match’.
Walaupun latar belakang poster tersebut diletakkan warna hijau namun logo itu tidak dipaparkan seperti dalam poster pemain Liverpool lain (bukan Muslim) yang menerima pengiktirafan sama bulan lepas.
Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Liverpool bertindak sedemikian ke atas pemain beragama Islam, yang memenangi anugerah pemain terbaik pilihan kelab.
Tahun lepas, Liverpool turut melakukan perkara yang sama terhadap poster Salah, di mana tiada logo Carlsberg diletakkan, memetik HITC.
Another midfield masterclass from @Thiago6 🪄
He’s your @Carlsberg Player of the Match 👏 pic.twitter.com/gELBGlqOPm
— Liverpool FC (@LFC) April 19, 2022
Sebagai perbandingan, pemain Thiago Alcantara dinamakan sebagai Player of the Match menentang Manchester United pada April, 2022 dan The Reds menambah logo penaja mereka.
BACA: Kad Merah Mac Allister Dibatalkan, Tonggak Liverpool Terlepas Hukuman Penggantungan
Bagaimanapun, apabila Salah memenangi anugerah itu berikutan kemenangan 6-0 ke atas Leeds pada Februari, 2022, logo Carlsberg tidak kelihatan di mana-mana.
Two goals and an assist 👏@MoSalah is your Player of the Match for #LIVLEE 🤩 pic.twitter.com/QaW83WivHY
— Liverpool FC (@LFC) February 23, 2022
Bagi sesetengah orang, ia mungkin perkara kecil tetapi hal seperti itu menunjukkan betapa Liverpool mengambil berat tentang sensitiviti agama yang membuatkan pemain Muslim mereka dihormati.
Untuk info, tahun ini, telah masuk musim ke-31 Carlsberg menjadi penaja rasmi The Reds dan ia juga dikatakan sebagai rakan kongsi paling lama dalam Liga Perdana (EPL) serta sejarah kelab.
Sabtu lalu, Salah telah membekalkan dua bantuan gol (assist) dalam perlawanan menentang Wolves, menjadikan ia adalah perlawanan kelima EPL di tempat lawan yang dibantu Salah.
Kini, Salah menjadi pemain kedua yang mencapai 200 gol EPL untuk Liverpool kerana telah menjaringkan sebanyak 139 gol dan melakukan 62 assist, selepas Steven Gerrard, 120 gol dan 92 assist.
Liverpool menang 3-1 ke atas Wolves, hasil jaringan daripada pemain Cody Gakpo, Andy Robertson dan gol daripada pemain Wolves, Hugo Bueno.
The Reds kini berada di tempat ketiga, sama mata dengan Tottenham dan dua mata di belakang Man City.
Liverpool not adding the Carlsberg sponsor for Salah POTM wow pic.twitter.com/mFRfBa8JJx
— – (@PassLikeThiago) September 16, 2023
Sumber: @PassLikeThiago/X, HITC, Liverpool FC,
Artikel asal oleh: Siakap Keli
RM13.01
