Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Hotel Empat Bintang Milik Ronaldo Jadi Tempat Perlindungan Mangsa Gempa Di Maghribi


Hotel Empat Bintang Milik Ronaldo Jadi Tempat Perlindungan Mangsa Gempa Di Maghribi

Hotel kepunyaan Cristiano Ronaldo di Maghribi dilapor telah menjadi tapak perlindungan bagi mangsa terselamat dalam gempa bumi besar yang melanda negara tersebut pada Jumaat lalu, lapor Marca.

Difahamkan, kira-kira hampir 2,000 orang maut dan ratusan lagi cedera selepas Maghribi mengalami kejutan seismik berukuran 6.8 magnitud.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bencana alam yang berlaku itu menyebabkan orang ramai bertungkus-lumus mencari tempat perlindungan di mana-mana bangunan yang selamat, termasuk hotel Ronaldo.

Pestana CR7 Marrakech merupakan hotel mewah empat bintang, yang memiliki kolam renang, pusat kecergasan, restoran dan juga beranda.

Bagaimanapun, apabila berlaku tragedi yang dahsyat itu, hotel tersebut tidak teragak-agak untuk menyambut kedatangan mangsa-mangsa yang terkesan. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut mangsa gempa bumi yang merupakan warga Sepanyol, Irene Seixas, bilik hotel yang diberi adalah sama seperti yang mereka lihat di media sosial.

“Hotelnya sama. Kami terpaksa datang ke kawasan baharu Marrakech, di mana terdapat lebih banyak hotel mewah.

“Sekarang kami telah berjaya mendapatkan (bilik) hotel Ronaldo.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami sedang menunggu. Kami telah tidur sepanjang malam di jalanan dan pada pukul 7 pagi mereka memberitahu kami bahawa kami boleh pergi ke sana,” jelasnya.

Jelasnya, sebelum ini mereka hanya menunggu di lobi hotel dan tidur di kawasan itu sementara menunggu panggilan dari hotel yang lain.

“Kami berada di lobi di mana terdapat orang dari pelbagai bangsa, menunggu untuk melihat sama ada kami boleh mendapatkan bilik, tetapi kami semua telah tidur di jalanan.” tambahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Messi Ketuai 30 Calon Anugerah Ballon d’Or, Nama Ronaldo Tercicir

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gempa bumi yang melanda Maghribi berlaku pada skala 6.8, meletakkannya dalam kategori ‘kuat’.

Bukan itu sahaja, gegaran gempa bumi terbabit turut dirasai di negara jiran, Algeria. Sungguhpun begitu, Jabatan Pertahanan Awam Algeria memaklumkan bahawa gegaran tersebut tidak mendatangkan apa-apa kemusnahan mahupun kemalangan jiwa.

Pada 2004, lebih dari 628 mangsa terbunuh dan 926 dilaporkan cedera ketika gempa bumi melanda Al Hoceima di timur laut Maghribi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala, gempa bumi dengan 6.7 magnitud di Agadir telah meragut lebih dari 12,000 nyawa pada 1960.

Sumber: Marca

Advertisement. Scroll to continue reading.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 KKM sedia hadapi ancaman pandemik penyakit X Ancaman Penyakit X Makin Hampir, Pakar Jangka 50 Juta Kematian Dan Lebih Bahaya Daripada Covid-19. Pakar...

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications