Hi, what are you looking for?

Hiburan

Hubungan berakhir, tunang Anju mahu terus bersahabat


PETALING JAYA – Teka-teki status pertunangan pelakon Zarina Anjoulie dengan Datuk Seri Khazrul Elzey terjawab selepas lelaki itu memberi bayangan seolah-oleh mengesahkan ikatan antara mereka sudah pun terlerai di tengah jalan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam TikTok, Khazrul mengakui dia bukanlah lelaki baik seperti yang diimpikan Zarina. Selain berharap mereka terus bersahabat, ahli perniagaan itu turut mendoakan pelakon Hantu Kuat Ketawa itu ditemukan dengan lelaki lebih baik berbanding dirinya.

“Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Papa (gelarannya untuk Zarina) tidak semaik mana yang mama impikan. Kita berdua masih ada kekurangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semoga kita akan terus menjadi sahabat. Papa doakan mama dapat orang yang lebih baik,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Khazrul yang berstatus duda itu turut berkongsi gambar-gambar kenangannya ketika bersama Zarina atau nama lengkapnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 35.

“Terima kasih atas cinta mama kepada papa. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya di akhirat kelak. I love you (saya sayang awak),” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Zarina atau mesra disapa Anju membuatkan peminatnya tertanya-tanya selepas dia bertindak memadam semua gambar Khazrul dalam Instagram miliknya.

Bahkan, pelakon filem Hantu Kuat Ketawa itu turut berkongsi kapsyen ringkas memberitahu hatinya kini sedang remuk (broken).

Pada 26 Januari lalu, Zarina mendedahkan mereka sudah ‘diikat’, namun tidak berkongsi tarikh penyatuan biarpun sudah menempah baju pengantin dan cincin perkahwinan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan majlis pernikahan pasangan tersebut akan berlangsung pada Mac ini, malah bakal suaminya juga telah membeli rumah baharu di sebuah kawasan elit.

Sebelum ini, Zarina dan Elzey  didakwa sudah berkahwin secara rahsia selepas tampil romantis dalam media sosial dan membahasakan satu sama lain sebagai papa dan mama. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KANGAR – Pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub atau lebih dikenali sebagai Ustaz Wadi Annuar akan dipanggil Jabatan Hal Ehwal Agama Islam...

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Seramai 12,380 warga asing yang ditahan di depoh imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini....

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications