Hi, what are you looking for?

Mamak News

Hubungkan Denmark & Jerman, Terowong Bawah Laut Terpanjang Dunia Dijangka Beroperasi 2029


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Hubungkan Denmark & Jerman, Terowong Bawah Laut Terpanjang Dunia Dijangka Beroperasi 2029

Sebuah terowong bawah laut terpanjang di dunia bakal menghubungkan dua negara, Denmark dan Jerman  dijangka beroperasi pada 2029 nanti, lapor CNN News.

Difahamkan, terowong Fehmarnbelt Fixed Link yang masih dalam pembinaan itu mempunyai kedalaman 40 meter di bawah Laut Baltik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terowong sepanjang 18 kilometer itu merupakan salah satu projek infrastruktur terbesar di Eropah dengan menelan kos lebih RM32.3 bilion.

Fehmarnbelt Fixed Link digabungkan dengan terowong jalan raya yang terdiri daripada dua lebuh raya (dua lorong) yang dipisahkan dengan laluan kereta api elektrik.

terowong bawah lautGambar: Femern A/S via CNN News

Menurut pengarah teknikal di Femern Amerika Syarikat, Jens Ole Kaslund perjalanan akan menjadi lebih cepat dan hanya mengambil masa empat jam jika menaiki kereta api dari Copenhagen ke Hamburg.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, perjalanan menaiki kereta akan menjadi lebih cepat sejam berbanding terpaksa menunggu untuk menaiki feri.

Selain itu, terowong itu dibina menggunakan mesin pengorek dan ia merentasi Fehmanr Belt iaitu antara Pulau Fehmarn, Jerman dan Pulau Lolland, Denmark.

Perkara itu menjadikan jarak ke antara kedua negara itu menjadi lebih singkat iaitu hanya mengambil waktu 7 minit bagi kereta api, 10 minit menaiki kereta dan 45 bagi Feri jika menggunakan laluan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setiap bahagian terowong mempunyai panjang 217 meter dengan lebar 42 meter dan tinggi mencapai 9 meter. Manakala beratnya pula mencapai 73,000 tan metrik setiap satu bersamaan 13,000 ekor gajah.

terowong bawah lautGambar: Femern A/S via CNN News

Salah seorang ahli organisasi perniagaan terbesar Denmark, Michael Svane percaya bahawa terowong itu mampu memberikan manfaat kepada perniagaan di luar Denmark itu sendiri.

“Terowong Fehmarnbelt akan mewujudkan laluan strategik antara Scandinavia dan Eropah Tengah. Perjalanan kereta api yang dinaik taraf menyokong lebih banyak perjalanan terhadap pengangkutan yang mesra iklim,” katanya kepada CNN.

Advertisement. Scroll to continue reading.

terowong bawah lautGambar: Femern A/S via CNN News

Seramai 2,500 orang terlibat secara langsung dalam pembinaan jambatan itu namun peningkatan harga keluli dan bahan mentah menjadikan ia satu cabaran buat masa kini.

Terdahulu, terowong ini telah berada dalam perancangan sejak sedekad lalu iaitu pada tahun 2008 apabila Jerman dan Denmark menandatangani perjanjian untuk membina terowong itu sebelum mendapat kelulusan undang-undang dan mula dibina pada 2020.

Sumber: CNN News

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: Terowong Seram & Terbiar Bawah Tanah Ditemui, Bunyi Kereta Api Masih ‘Bergema’

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SINGAPURA: Usaha meningkatkan taraf hidup golongan pekerja bergaji rendah bukan sekadar menetapkan gaji minimum yang mungkin boleh membawa...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Kumpulan rock terkenal Indonesia, Slank bakal bertemu dengan peminat di Malaysia dalam Konsert 4 Dekad...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. 18 Terbunuh Dalam Serangan Ketika Solat Jumaat Di Masjid Nigeria ABUJA, Nigeria — Sekurang-kurangnya 18 orang dilaporkan terbunuh...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KEMAMAN – Seramai lapan bekas pembantu pam sebuah stesen minyak di daerah ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications