Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Hujah & Penulisan Sering Jadi Rujukan, Ini Latar Belakang Allahyarham Sheikh Yusuf Al-Qaradawi


Hujah & Penulisan Sering Jadi Rujukan, Ini Latar Belakang Allahyarham Sheikh Yusuf Al-Qaradawi

Ulama menjadi ‘sumber rujukan’ kepada seluruh umat Islam selepas kewafatan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.

Pesanan dan ilmu yang ditafsirkan oleh mereka bertujuan untuk membimbing dan menjadi penanda aras dalam aspek kehidupan sebagai seorang umat Islam berdasarkan kitab suci Allah dan Sunnah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hari ini, kita dikejutkan dengan kehilangan seorang sosok yang dikenali ramai di seluruh pelusuk dunia iaitu Sheikh Yusuf Al-Qaradawi. Mungkin ramai yang sudah mengetahui mengenai beliau namun tidak cukup mengenali secara dekat.

Untuk itu, mari kita selami dengan lebih mendalam mengenai perjalanan dan kejayaan yang telah dicapai oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi di bawah ini.

Latar belakang Sheikh Yusuf Al-Qaradawi
| Kampungmamakcom Kenali Latar Belakang Sheikh Yusuf Al qaradawiGambar: Middle East Monitor

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi atau nama sebenar beliau adalah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf. Beliau dilahirkan pada 9 September 1926 di sebuah perkampungan iaitu Desa Shafat at-Turab, Mahallah al Kubra, Gharbiah di Mesir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, bapanya telah meninggal dunia sewaktu beliau masih berumur sekitar 2 tahun. Oleh itu, beliau telah dijaga oleh ibu, bapa saudara dan datuknya.

Sewaktu berada di sekolah menengah (peringkat thanawi) ibunya difahamkan telah meninggal dunia.

Sejarah Pendidikan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejak kecil lagi, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi terkenal dengan kepintarannya apabila sentiasa mendapat tempat pertama kecuali pada peperiksaan akhir di sekolah menengah. Beliau juga mendapat tempat kedua di seluruh Mesir dengan perbezaan setengah markah daripada individu tempat pertama.

Menginjak dewasa, beliau telah melanjutkan pengajian di Institut Pembahasan dan Pengkajian Arab Tinggi dan meraih sijil Diploma Tinggi Bahasa dan Sastera Arab.

Kecintaan beliau dalam ilmu tidak berhenti disitu apabila beliau terus melangkah ke menara gading dengan memilih Universiti Al- Azhar sebagai destinasi yang seterusnya meskipun dirinya menerima tawaran di Dar al-Ulum, Kaherah. Di Universiti itu, beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Usuluddin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada tahun 1973, beliau telah meraih gelaran doktor setelah menamatkan pengajiannya pada peringkat Doktor Falsafah (PhD).

| Kampungmamakcom Kenali Latar Belakang Sheikh Yusuf Al qaradawiGambar: Suara.comJawatan yang pernah disandang

Kecerdasan minda beliau tidak perlu dipertikaikan lagi. Bukan sahaja dalam aspek pendidikan, beliau turut aktif dalam program berbentuk kepimpinan dan menyandang pelbagai jawatan.

Ciri-ciri kepimpinan beliau terserlah apabila menyandang jawatan pada pelbagai peringkat seperti Penyelia Hal Ehwal di Kementerian Wakaf dan Jabatan Kebudayaan Islam al-Azhar dan Pengarah Kolej Agama, Qatar selama 12 tahun sejak tahun 1961.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi turut menjawat jawatan penting seperti menjadi Presiden Al-Ittihad al-Alami li-Ulama’ Muslimin iaitu Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan banyak lagi.

Guru-guru Sheikh Yusuf Al-Qaradawi

Cintanya dalam berjihad di medan ilmu sangat mendalam. Perkara ini sangat jelas apabila beliau banyak berdamping dengan guru-guru yang terkenal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara guru yang pernah beliau menuntut ilmu termasuklah Syeikh Hamid Abu Zuwail, Syeikh  Ali Khalil, Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi, Syeikh Hasan al-Banna, Ustaz al-Bahi al-Khuli, Syeikh Mahmud al-Daffar, Syeikh AL-Munafi dan banyak lagi.

Karya Penulisan

| Kampungmamakcom Kenali Latar Belakang Sheikh Yusuf Al qaradawiGambar: Egypt Student Information

Al-Qaradawi banyak berbakti dalam bidang penulisan dan sering menyampaikan dakwah serta membentangkan kertas kerja pada peringkat kebangsaan mahupun global.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penglibatan dalam penghasilan karya yang berkualiti tinggi oleh beliau menjadi sumber rujukan kepada para ulama.

Difahamkan, beliau telah menghasilkan hampir seratus buah buku dalam bidang keilmuan Islam terutamanya dalam bidang sosial, dakwah dan pengajian Islam.

Karya-karya yang dikarang oleh beliau sangat diminati oleh umat Islam di seluruh dunia. Tambahan lagi, buku-buku tersebut merupakan cetusan ideanya dalam membawa wawasan perjuangan dan ideologi Sheikh Yusuf Al-Qaradawi secara terperinci.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau sering mengupas karya ilmiah dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh, Ekonomi Islam, Pemahaman al-Qur’an dan al-Hadith dan bidang Tauhid. Antara karya yang dihasilkan oleh beliau termasuklah Fiqh al-Zakat 2 jilid, Fatawa Mu’asarah 2 jilid, Haqiqat al-Tawhid dan banyak lagi.

Kecemerlangan dan pengaruh yang ditonjolkan oleh Al-Qaradawi telah membuatkan beliau menerima pengiktirafan ulama dunia yang diberikan oleh para gurunya.

Terdahulu, pada 26 September 2022, umat Islam telah menerima satu khabar duka mengenai pemergian permata Islam itu menerusi satu hantaran di Facebook rasminya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan, The Muslim 500

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Hiburan

3s KALAU sudah namanya Roy Azman, pasti ada sahaja yang keluar daripada mulutnya akan menggelikan hati ramai. Terkenal dengan sifat suka mengusik, Roy baru-baru...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Usahawan terkenal Datuk Seri Vida tidak dapat menahan rasa marah dan geram memikirkan perilaku anak pelakon Norman Hakim dan Abby...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Tidak lagi aktif dalam aliran muzik perdana membuatkan penampilan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina dalam video muzik (MV) baharu suaminya, Essam...

Advertisement