Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Hiburan

“Ibu dah ada dekat syurga..” – Momen Sedih Shuib Beritahu Anak-Anak


Beberapa hari lalu, kita dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi terkenal tanah air Siti Sarah, selepas bertarung nyawa dijangkiti Covid-19. Jenazah telah dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, Selangor.

Menerusi satu temubual juga, Shuib maklumkan bahawa dia masih belum beritahu pada anak-anak yang ibu mereka dah bertemu dengan sang pencipta. Pelawak tersebut ada menyatakan bagaimana anak-anaknya mula bertanya mengapa wajah ibu mereka terpampang di media sosial dan ramai mengatakan yang Siti Sarah sudah meninggal dunia.

Beritahu pada anak-anak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terbaru sebuah video ada dimuat naik melalui akaun Instagram Allahyarhamah isterinya, menunjukkan momen Shuib menjelaskan apa yang terjadi kepada anak-anaknya.

Dalam video berkenaan, anak-anaknya berulang kali bertanyakan kepada Shuib sama ada berita tentang ibu mereka adalah betul. Lalu, dengan tenang Shuib minta mereka berkumpul dan beritahu berkenaan pemergian ibu mereka itu.

Ketika diberitahu oleh Shuib, jelas terpampang riak wajah terkejut di muka anak-anaknya Uwais, Talita, dan Matin, lalu mereka terus peluk Shuib dan menangis teresak-esak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ibu tak balik dah..Ibu dah tak ada tau..kita dah tak jumpa ibu. Ibu dah tak ada dekat dunia tapi ibu dah ada dekat syurga..” tuturnya dengan lembut.

Di samping itu juga, Shuib turut memujuk mereka serta menyampaikan beberapa pesanan yang dikirimkan oleh ibu mereka sendiri.

Posting menyentuh perasaan itu telah mendapat perhatian ramai, dan sehingga kini ia telah meraih hampir 4 juta views.

“Tak dapat nak tahan air mata”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di ruangan komen, ramai mengakui tidak sanggup melihat reaksi anak-anak pelawak tersebut setelah mengetahui kehilangan ibu tercinta dalam sekelip mata.

Sejurus dengan itu, rata-rata warganet menitipkan kata-kata semangat agar Shuib terus kuat dan menjadi ayah yang baik serta mendoakan supaya anak-anaknya supaya jadi anak soleh dan solehah.

| Kampungmamakcom
| Kampungmamakcom
| Kampungmamakcom

Salam takziah diucapkan daripada kami buat Shuib sekeluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement