Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Ibu Faizal Tahir, Anas Tahir meninggal dunia


PETALING JAYA – Ibu selebriti Faizal Tahir dan Anas Tahir iaitu Muzlipah Aishah Pawanteh, meninggal dunia pada hari ini.

Khabar duka tersebut dikongsikan oleh pemilik nama lengkap Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 46, menerusi Instagramnya sambil memohon doa ramai buat kesejahteraan Allahyarham.

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kami kembali. Rehatlah dan tenanglah di negeri abadi mama, cinta hati pertama saya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mama sudah buat yang terbaik untuk kami semua. Anak-anak masih ada urusan di dunia dan kami akan menyusul kemudian.

“Kepada yang mengenali ibu saya, Muzlipah Aishah Pawanteh, mohon dihalalkan segala makan minum dan diampunkan segala kekurangan serta salah silapnya selama berkenalan,” katanya.

Dalam masa sama, adiknya yang juga penyampai radio Zayan FM iaitu Anas Tahir turut mengenang kenangan bersama ibu tercinta terutama sekali semasa bulan Ramadan.

“Tidak dapat usap cium dan peluk mama kuat-kuat. Urut kaki mama pun tidak boleh dah. Dulu tiap-tiap hari buat panggilan video, kacau mama tengah masak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tarawih Anas akan rindu bunyi mama gerak-gerakkan telekung belakang Anas. Dulu mesti mama tolak Anas jadi imam.

“Tidak dengar dah ayat mama ‘Anas jadi imam, mama mata segar’. Bakal merindui momen tersebut,” ujarnya menerusi Instagram.

Sebelum ini, bekas anggota kumpulan nasyid Far East itu meluahkan hasrat untuk menjual barangan kesayangannya seperti mikrofon, pembesar suara dan helmet bagi menampung kos rawatan ibunya di hospital.

Jenazah dijangka tiba di Masjid Puncak Alam pada pukul 11 pagi. Solat jenazah akan dilakukan selepas solat zohor dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam.-KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement