Hi, what are you looking for?

Mamak News

Ibu muda maut ketika sertai acara lari dalam guni di Tasikmalaya


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

TASIKMALAYA: Seorang wanita muda meninggal dunia ketika menyertai pertandingan lumba lari dalam guni menerusi satu program di Mangkabumi, Tasikmalaya baru-baru ini.

Berdasarkan video yang dikongsi dalam media sosial, kelihatan wanita muda yang dikenali sebagai Rini, 29, terjatuh dan tidak sedarkan diri ketika menyertai acara tersebut.

Video itu juga menunjukkan orang ramai bersorak kepada peserta pertandingan dengan Rini berada paling depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, ketika hampir tiba di garis penamat, wanita itu tiba-tiba terjatuh dan kepalanya terhentak pada tanah.

Orang ramai kemudiannya menghampiri mangsa dan cuba membantunya, namun Rini tidak sedarkan diri dan dia terus dikejarkan ke klinik kesihatan berhampiran sebelum disahkan sudah meninggal dunia.

Dalam pada itu, Ketua Polis Mangkabumi, Hartono mengesahkan insiden itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Menurut keterangan keluarganya, Rini mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan ketika kejadian, dia baru dua bulan melahirkan anak.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan jenazah Rini sudah dikebumikan,” katanya seperti yang dilaporkan Detik News.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Diisytihar Pupus 70 Tahun Lalu, Cheetah Dilapor Kembali Ke India Citah atau Cheetah telah dibawa kembali ke bumi...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MEXICO: Seorang maut selepas gempa bumi berukuran 7.6 skala Richter melanda pesisir pantai negeri Michoacan di Mexico. Gegaran...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Penganjuran Konsert Riuh Smo! di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh minggu lalu masih lagi tidak melanggar Enakmen Kawalan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Polis berjaya membongkar sindiket pengedaran dadah jenis syabu bernilai RM8.53 juta dalam serbuan di sebuah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications